“Tiada
UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai
presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa
di bumi bertuah ini.” ini lah ungkapan Dato’ Seri Najib Najib
ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan
perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan
Wawasan 2020.
Maka
berduyunglah komentar dan cemuhan serta menidakkan apa yang telah di
ungkapkan itu, terutama puak seteru yang sering menidakkan kebaikkan
yang telah di lakukan oleh UMNO.
Mereka
kaitkan dengan keujudan UMNO yang hanya baru berusia sekitar hampir
70 tahun sedangkan ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak ratusan tahun
dahulu dengan terbinanya ketamadunan ‘Bangsa Melayu’ dari rupa
bentuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan,
kebudayaan dan sebagainya sebelum lahirnya UMNO.
Ya
memang ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak sekian lama, Tetapi yang
mengharumkan ‘Bangsa Melayu’ adalah UMNO perkara yang tidak boleh
di ketepikan dan di nafi sahingga hari ini, kerana UMNO lah melalui
Barisan Nasional yang menjadi kerajaan sejak di ujudkan
Perlembagaannya setelah berhasil menuntut kemerdekaan oleh Tuanku
Abdul Rahman dari British dan di isytiharkan pada 1975.
Semenjak
dari itu negara ini yang rakyatnya terdiri dari pelbilang kaum hidup
aman makmur dan sejahtera berkongsi kenikmatan aman damai serta
bersama merasai pembanggunan yang dapat di lihat sahingga ke hari
ini. Tidak timbul isu ‘siapa bangsat’ atau pendatang didalam
negara ini.
Tetapi
kini, kita sudah boleh melihat perkara kejadian ‘Melayu Bangsat’
ini melalui contoh yang sedang berlaku di depan mata kita secara
kecil kecilan di beberapa negeri selainnya, kerana UMNO masih lagi
pemegang tampok pemerintahan utama, bayangkan apa akan jadi jika UMNO
hilang terus kuasanya, Maka kenyataan Perdana Menteri ‘Melayu akan
menjadi Bangsat’ pasti ada kebenarannya.
Apa
sudah jadi di Kelantan yang rakyatnya hampir 95% Melayu, ‘Berdehem’
seorang sahaja dari kaum pendatang, itu pun dari jauh, Sudah cukup
celaru di buatnya walaupun di tadbir oleh ‘Bangsa Melayu’ atas
nama ikatan didalam ‘Pakatan Rakyat’.
Apa
jadi di Selangor sudah terbelakah nasib bangsa Melayu di Selangor
sebaik sahaja di ambil alih oleh puak pakatan ini.
Bagaimana
pula negeri Pulau Pinang dimanakah ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang
terutamanya di bahagian Pulau, sudah terbela atau makin terhapus pada
masa kini. Ini lah contoh paling ketara maksud “Melayu akan jadi
Bangsat” yang di ungkapkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.
Selama
UMNO mentadbir tidak pernah berlaku penghapusan ektenik dan pemisahan
kaum, malah setiap rakyat dapat merasakan bertapa kerajaan Barisan
Nasional dan UMNO sentiasa cuba merapatkan jurang perbezaan diantara
kaum, serta setiap dari mereka akan mendapat hak-hak mereka saperti
mana yang telah termaktup di dalam Perlembagaan Malaysia.
Lihat
sahaja bagaimana pemusnahan 66 buah rumah yang menempatkan lebih 1000
keluarga Melayu adalah bukti sebenar kepada kenyataan “Melayu
Bangsat” tersebut. Juga sebelum ini pengusiran ‘Bangsa Melayu’
Pulau Pinang di buat sedikit demi sedikit dan amat halus agar
kehilangan ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang tidak di rasai.
Dari
penghalangan syiar Islam sahingga penghapusan ‘Bangsa Melayu’
Pulau Pinang yang terang dan jelas di bangsatkan oleh kaum pendatang
dengan bantuan ‘bangsa Melayu’ yang redha diri di bangsatkan.
‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang dipaksa menjadi bangsat apabila
rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa
sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti.
Ini
lah maksudnya Melayu akan menjadi bangsat jika UMNO hilang kuasanya,
Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian “Bangsat”, Melihat
apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah gambaran maksud
sebenar perkataan “Bangsa Bangsat” yang di ungkapkan. Seterusnya
No comments :
Post a Comment