Racun-racun
kebencian terhadap kerajaan yang ditanam oleh DAP ke dalam minda
masyarakat Cina di negara ini akan membawa kepada kejatuhan kaum
berkenaan.
Menurut seorang penulis dalam kolum portal malaysia-today.net, Cheah Sin Chong, kebanyakan masyarakat Cina yang menyokong DAP gagal berfikir secara rasional berikutan cara hidup yang dimanjakan ketika dibesarkan.
“Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini dan mengutuk kerajaan. Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang banyak.
“Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan,” katanya dalam laman portal berkenaan.
Menurut Sin Chong, beliau berpendapat kebanyakan ibu bapa masyarakat Cina yang berusia antara 20 dan 40 tahun akan mengeluh terhadap semua perkara kecil dan hanya membaca berita-berita propaganda daripada DAP.
“Semasa zaman mendiang mak saya, tiada benda seperti susu import, tiada gas memasak dan saya sempat melihat dia memasak menggunakan arang dan kayu. Dia akan berpeluh untuk menyalakan arang, dia juga akan sembelih ayam. Kamu dapat bayangkan bagaimana susah keadaan hidupnya ketika kecil tetapi dia dapat hidup sehingga umur 90 tahun,” katanya.
Untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, kata Sin Chong, beliau merasakan keperluan yang amat sangat untuk meletakkan Jalur Gemilang di hadapan rumahnya.
“Saya fikir perlu melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada anak saya gambaran apa yang dikatakan patriotik, sama ada mereka akan mengikutnya adalah perkara individu tetapi sekurang-kurang saya tahu saya telah melakukan perkara yang betul,” katanya.
Dalam penulisan itu, Sin Chong turut berkongsi kisah mengenai seorang suami terpaksa membawa isterinya ke luar negara semata-mata tidak mahu isterinya terbabit dalam perhimpunan haram Bersih 4.0.
“Wanita Cina yang mempunyai jutaan ringgit ini mahu menyertai Bersih 4.0. Dia memiliki berdozen rangkaian francais. Di sebalik memperoleh keuntungan disebabkan keamanan dan kestabilan negara dan walaupun beliau seorang yang bijak, bermasyarakat dan banyak mengembara, wanita ini gagal membezakan antara semangat patriotik, kesetiaan dengan pandangan politik,” katanya. ..

Utusan
No comments :
Post a Comment