Topik
utama di Malaysia hari ini didominasi dengan artikel oleh The New
York Times yang menyatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak
sedang disoal selidik oleh juri persekutuan untuk dakwaan rasuah.
The
New York Times juga merupakan akhbar sama yang menerbitkan temu bual
bersama Tun Mahathir pada Jun 2015 yang menghentam Perdana Menteri,
UMNO dan kerajaan Malaysia pada hari yang sama Menteri Luar, Anifah
Aman sepatutnya hadir dan berucap di Persidangan Agung PBB
Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini menyebabkan Anifah Aman menulis surat
terbuka kepada The New York Times dan menghentam Tun Mahathir atas
sikap biadap beliau dengan menyatakan kekesalan terhadap Tun M
merendahkan Malaysia menggunakan media asing.
Menakjubkan,
hari ini sekali lagi merupakan sesi persidangan Bangsa-Bangsa
Bersatu - pertama kali sejak Jun. Malah, Najib sedang dalam
perjalanan ke New York untuk Perhimpunan Agung PBB serta
sambutan ulang tahun ke-70 pertubuhan itu.
Pemilihan
masa untuk penerbitan artikel ini sangat mencurigakan dan dilihat
seolah-olah sengaja dilakukan untuk memalukan Perdana Menteri dan
Malaysia di persidangan tersebut.
Kesimpulan
ini dibuat berdasarkan beberapa perkara dari artikel The New York
Times hari ini:
1)
Individu-individu yang disoal siasat ialah anak tiri Najib (anak
Rosmah dari perkahwinannya yang terdahulu) Riza Aziz dan juga rakan
beliau, Jho Low.
New
York Times menyatakan Najib juga disoal siasat kerana kemungkinan
Reza mempunyai pertalian darah melalui perkahwinan Rosmah dengan
Najib manakala Jho Low merupakan rakan beliau.
Ia
amat penting untuk diketahui bahawa Najib tidak disoal siasat secara
langsung ke atas dakwaan rasuah kerana beliau tidak mempunyai harta
yang diisytiharkan di USA.
Pada
ketika ini, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa Jho Low telah
mempunyai syarikat di Malaysia sejak 2007 dan 2008 - sebelum Najib
menjadi Perdana Menteri dan 1MDB masih belum wujud. Beliau
sememangnya sudah sedia kaya dan mempunyai hubungan kewangan yang
serius melalui hubungan persahabatan dan kerjasama dengan
keluarga-keluarga DiRaja di Asia Tengah.
Selain
itu, Riza telah menghasilkan filem sejak tahun 2010. Sebelum
menerbit filem, Riza yang merupakan seorang pemegang Sarjana Muda
Ekonomi dan Kerajaan serta Sarjana Sains Politik dari London School
of Economics, telah mendaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan
UK (FSA) dan bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di London.
Sebagai
seorang penerbit, Riza juga bertindak untuk mencari pelabur untuk
projek filem. Ini tidak bermakna beliau membiayai filem terbitan
beliau sepenuhnya. Riza menjelaskan bahawa terdapat beberapa pelabur
telah membiayi projek filem beliau.
Tetapi,
Riza ternyata berjaya dalam menerbitkan The Wolf of Wall Street yang
mengaut keuntungan lebih USD 400 juta seluruh dunia berdasarkan
jualan tiket dan DVD - tersenarai dalam 200 filem komersial terbaik
sepanjang zaman dan menewaskan filem seperti Superman Returns, Ice
Age, Mad Max Fury Road, Batman Begin dan lain-lain. Filem terbaru
Riza iaitu Dumb and Dumber II turut berjaya dan mengaut kutipan
sebanyak USD 170 juta dalam jualan tiket.
Ini
memberi bukti jelas bahawa Riza mempunyai kepintaran untuk
memperolehi kekayaan dan kita tidak patut berasa cemburu akan
kejayaan beliau di Hollywood.
2)
Pembelian hartanah yang diperkatakan bertarikh Okt 2012. Namun, The
New York Times telah mengaitkan ia dengan USD 681 juta (RM 2.6
billion) yang telah didepositkan oleh penyumbang dari Timur Tengah
ke dalam akaun Najib - dimana ianya didepositkan pada Mac 2013,
sebelum Pilihan Raya ke-13.
Oleh
itu, aneh untuk The New York Times mengaitkan penjualan apartmen
yang lama dahulu dengan duit yang di depositkan kemudian dari itu -
melainkan pembelian dilakukan secara hutang seperti buku 555.
3)
Pembelian hartanah ini telah didedahkan oleh The New York Times pada
8 Februari tahun ini, sekitar masa Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman
atas tuduhan sodomi. Menariknya, The New Work Times turut mengambil
inisiatif menterjemah artikel mereka ke dalam bahasa Mandarin dan
Bahasa Malaysia, seolah-olah ramai rakyat Malaysia di New York.
Ini amat aneh kerana tiada satu pun artikel di New York Times
mempunyai versi bahasa Melayu sebelum ini.
4)
Penyiasatan di USA telah bermula selepas Sarawak Report membuat
aduan di USA pada Mac 2015 dimana Sarawak Report seakan-akan menuduh
pihak berkuasa USA tidak mengambil serius perkara tersebut dan
membiarkan 'penjenayah' seperti Jho Low dan Najib bebas dan tidak
dikenakan tindakan.
Aduan
terhadap Najib kepada USA turut dibuat oleh orang kuat Tun Mahathir
Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir,
Matthias Chang. Matthias berkata mereka berdua telah bercakap dengan
Kedutaan USA dan dijadualkan untuk ke New York pada minggu ini untuk
bertemu dengan FBI berkenaan 1MDB. Mereka juga telah pergi ke
serata dunia menfailkan kes terhadap Najib dan 1MDB dengan pihak
berkuasa Switzerland, Perancis, England, Singapura dan Hong Kong.
Apabila
kes difailkan, penyiasatan akan dibuka menurut undang-undang pihak
berkuasa. Ini merupakan kes yang sama apabila Sarawak Report
menyiarkan isu Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang telah disiasat
oleh ICAC berhubung dengan kes ahli perniagaan, Micheal Chia yang
ditangkap pada tahun 2008 kerana membawa wang tunai RM 40 juta ke
Hong Kong.
Sarawak
Report turut menyertakan segala dokumen dan carta alir dalam
'pendedahan' mereka berkaitan Musa Aman dengan artikel bertajuk
""Hold On Trust For Aman" - More Devastating Evidence
From The ICAC Investigation!"
Dengan
bukti dan dokumen mereka yang kononnya 'lengkap', sesiapa yang
membaca Sarawak Report akan mudah mempercayai kesalahan yang
dilakukan Musa Aman dan ICAC sepatutnya menyumbat Musa Aman ke dalam
penjara. Namun, pada Disember 2012, pihak berkuasa ICAC telah
menulis kepada Musa Aman dan menyatakan beliau tidak lagi di bawah
siasatan berkaitan rasuah sumbangan RM 40 juta kepada pihak UMNO
negeri.
ICAC
menerangkan kepada Musa Aman bahawa siasatan dilakukan selepas
menerima aduan terhadap beliau, menyatakan bahawa ia dikehendaki
oleh undang-undang rasuah Hong Kong.
Tetapi
menurut agensi berkenaan, berdasarkan siasatan dan laporan penuh
ICAC dengan Jawatankuasa Kajian Operasi (ORC), kedua-dua pihak
bersetuju untuk tidak meneruskan penyiasatan atas sebab "bukti-bukti
yang telah diketahui" menunjukkan Musa Aman tidak bersalah.
Surat
berkenaan telah ditandatangani oleh ketua penyiasat, Tao Wai-Yan dan
dialamatkan kepada Musa di pejabat beliau di Kota Kinabalu.
ICAC
mengambil masa 4 tahun untuk membersihkan nama Musa Aman tetapi
Sarawak Report dan Pakatan Rakyat masih menggunakan isu rasuah Musa
Aman dan sering memetik bahawa beliau sedang dibawah penyiasatan
ICAC dan tidak dapat lari berikutan bukti-bukti gang kukuh -
bermakna Musa akan dijatuhkan hukuman penjara.
Namun
sehingga hari ini, nama Musa Aman telah dibersihkan oleh ICAC dan
SPRM serta masih memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.
Pro-pembangkang,
NGO SUARAM juga telah menfailkan aduan terhadap kes Scorpene kepada
mahkamah Perancis pada tahun 2010 yang memaksa pihak berkuasa
Perancis memulakan penyiasatan.
Malah,
pada Mei 2012, SUARAM dengan bangga mengumumkan mahkamah Perancis
akan meminta Najib untuk memberi keterangan dan pihak Perancis akan
mengarahkan Interpol Red Notice untuk menahan Najib jika beliau
menolak untuk hadir.
Tiga
tahun kemudian, 5 tahun selepas laporan pertama dibuat oleh SUARAM,
kita masih menanti mahkamah Perancis memanggil Najib untuk memberi
keterangan.
Sebaliknya,
hasil penyiasatan menunjukkan keputusan yang tidak dijangka oleh
Pakatan dan SUARAM apabila mahkamah Perancis membuktikan Najib,
Razak Baginda dan Altantuya tidak pernah berada di Perancis pada
waktu yang sama dan Altantuya tidak pernah dilantik sebagai
penterjemah di mana semua perundingan pembelian Scorpene menggunakan
bahasa Inggeris.
Artikel
New York Times pada hari ini juga mengakui bahawa penyiasatan Juri
Persekutuan terhadap Najib masih di peringkat permulaan dan akan
mengambil masa bertahun untuk selesai.
Hal
ini menunjukkan, pihak-pihak yang menentang kerajaan menggunakan
taktik menfailkan keskepada pihak berkuasa di luar negara, memaksa
negara-negara terbabit menerima aduan dan memulakan penyiasatan.
Penyiasatan ini alan mengambil masa yang lama namun sepanjang ia
berlangsung, mereka akan terus memainkan isu berkenaan - di dalam
atau luar negara.
Ia
akan menjadi tajuk berita yang bagus - terutamanya kepada akhbar
luar negara - di mana pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dan
menyatakan ianya memalukan negara di peringkat global dengan
bukti-bukti yang kukuh sehingga kerajaan asing perlu campur tangan
menyiasat serta pemimpin-pemimpin negara akan ditangkap dan
dipenjara jika ke luar negara.
Walaupun
tidak mengaku, namun, pihak pembangkanglah yang membuat aduan di
luar negara dan menyebabkan proses penyiasatan dimulakan sehingga
menyebabkan negara menjadi topik perbualan dunia - semata-mata untuk
merosakan imej kredibiliti Malaysia dan pemimpin kita.
Kerajaan
asing tidak sewenang-wenang memulakan penyiasatan ke atas kerajaan
atau negara lain melainkan aduan rasmi telah difailkan oleh
seseorang individu.
Tetapi,
individu-individu ini tidak memperdulikan fakta itu. Mereka tidak
berminat untuk mencari kebenaran sebaliknya hanya ingin menjatuhkan
individu lain. Reputasi dan kredibiliti Malaysia tidak menjadi
perhatian mereka.
Tun
Mahathir juga khilaf apabila menyatakan Najib takut untuk ke luar
negara kerana beliau akan ditangkap. Sebaliknya, Najib kini berada
di UK untuk beberapa mesyuarat dan akan menjelajah ke USA untuk
sambutan ulang tahun PBB selama beberapa hari.
Tun
Mahathir juga mengeluarkan beberapa kata-kata sinis apabila
menyatakan beliau lupa akan kelebihan imuniti kepada ketua negara
dan fakta yang penyiasatan luar negara akan memakan masa selama
bertahun.
Pada
ketika ini, Khairuddin Abu Hassan masih direman selama seminggu dan
di bawah penyiasatan polis. Mungkin tidak lama lagi kita akan
mengetahui siapa yang mengeluarkan arahan dan membiayai beliau dan
Matthias Chang untuk ke seluruh dunia menfailkan laporan terhadap
Najib dan mengaitkan beliau dengan akhbar-akhbar asing.
Lapan
bulan yang lepas, Khairuddin masih lagi muflis dan kondominiumnya
telah dilelong pada January 2015. Anehnya, sebulan selepas itu
Khairuddin mula menyerang 1MDB, membayar semua hutang beliau malah
keluar negara menfailkan laporan polis ke Switzeland, Perancis, UK,
Singapura, Hong Kong serta lawatan ke USA yang telah digagalkan.
Ini
menunjukkan bahawa pihak-pihak tersebut tidak mempunyai masalah
untuk membiarkan campur tangan negara luar, asalkan objektif politik
mereka tercapai. Ini akan menjadi satu topik menarik - bergantung
pada apa atau siapa yang Khairuddinh Abu Hassan akan dedahkan
dibawah soal siasat PDRM selama satu minggu ini.
Pada
Najib, jika pihak berkuasa dari USA, HK, Switzerland, Singapura,
Perancis dan UK membersihkan nama beliau dari tuduhan RM 2.6 billion
dan 1MDB, maka tiada sesiapa dapat mengaitkan beliau dengan isu itu
lagi.
Tetapi,
ia akan hanya berlaku beberapa tahun lagi, sementara itu pihak yang
memusuhi Najib akan kembali dengan tuduhan-tuduhan baru dan
meneruskan taktik menfailkan laporan di luar negara serta
bekerjasama dengan akhbar-akhbar asing untuk memalukan dan memberi
tekanan kepada beliau.
Mereka
telah melakukannya, mereka masih melakukannya dan mereka akan terus
melakukannya lagi di masa hadapan kerana ianya mudah, murah dan
memberikan mereka beberapa tahun lagi untuk menyerang musuh mereka
secara politik.
Sama
ada ianya adil atau tidak, itu suatu hal yang lain. - Lim
Sian See
3 comments :
Masalahnya kenyataan terkini FBI yg tak tak tahu menahu tentang perkara ni.....drama king sape ni?
Department of Justice US (DOJ) sedang siasat, harap2 ianya benar kerana transaksi berlaku di bank US iaitu Wells Fargo, tapi siasatan tertumpu di sana saja iaitu pembelian harta seperti kondo mewah oleh JHlow, Reza , Jasmin loo da sewaktu dgnya.
Serangan terhadap Malaysia. WASPSDA!
Post a Comment