Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, September 10, 2015

Kempen Parti Liberal Malaysia



AIDCNews – 05/9/15 – The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Malaysia kini sedang menggerakkan kempen untuk penubuhan sebuah parti liberal di negara ini.

Terbaharu, IDEAS menganjurkan ‘Persidangan Liberalisme: Trend, Cabaran dan Prospek Masa Depan’ pada 19 September, bertempat di Connexion@Nexus, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ahli panel persidangan itu antara lain terdiri daripada Rizal Mallarangeng, Pengarah Esekutif Freedom Institute Indonesia; Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Eksekutif Islamic Renaissance Front (IRF); Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA); Dr. Patricia Martinez, Ahli Jawatankuasa Esekutif Christian Federation of Malaysia (CFM); Dr. Wong Chin Huat, Fellow dan Ketua Analisis Politik & Sosial Penang Institute; Khalid Jaafar, Pengarah Esekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa.

Moderator untuk forum persidangan itu terdiri daripada Wan Saiful Wan Jan, Pengarah Eksekutif IDEAS; Dr Maszlee Malik, Ahli Majlis Syura IKRAM, Datuk Saifuddin Abdullah, Global Movement of Moderates (GMM) dan Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Operasi IDEAS.






Persidangan ini sebagai kesinambungan forum awam bertajuk, ” Parti Liberal: Adakah Malaysia Bersedia? ” anjuran IDEAS pada 4 Julai lalu.


Ahli panel forum itu terdiri daripada; Dr. Juli Minoves, Presiden ke-13 Liberal International; Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif IKD dan Dr Dzulkefly Ahmad, bekas Pengarah Penyelidikan PAS pusat dan Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB).

Khalid Jaafar yang merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghuraikan lanjut intipati ucapannya dalam forum itu.

“Pengarah eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan, walaupun seorang ahli PAS namun beliau juga merupakan seorang liberal, atau lebih tepat lagi, libertarian. Dr Dzulkefly Ahmad yang terkenal dengan watak Islamisnya, serta pemimpin beliau yang tidak lagi disayanginya, Abdul Hadi Awang, turut tidak terlepas daripada ideologi liberalisme, selagi kita tidak membicarakan tentang sokongan untuk LGBT atau perkahwinan sama jantina sebagai syarat yang menjadikan seseorang itu liberal,” katanya dalam tulisan bertajuk ” Adakah Malaysia bersedia untuk Parti Liberal ?” di laman jalantelawi.com.


Menurutnya, lebih daripada 50 peratus rakyat Malaysia merupakan individu yang liberal sama ada mereka sedar mahupun tidak.

Saya percaya masyarakat Asia termasuk Malaysia akan menerima prinsip-prinsip liberal dari masa ke masa: kebebasan hak-hak asasi dan kemuliaan insan, tanggungjawab kemanusiaan, kebebasan berpolitik dan ekonomi, undang-undang, pilihanraya yang adil serta kerajaan berperwakilan.

Atas apa pun sebabnya, warga Asia akan terus bangkit dan memberi perhatian kepada aspek intelektual dan moral selari dengan kitab agung mereka : al-Quran, teks Konfucious dan Taoist, kitab-kitab Dhammapada, Mahayana Sutra, dan kitab-kitab Veda.

Malah, trajektori liberalisme di Asia dalam dekad akan datang bukan sekadar adaptasi dari idea-idea John Locke, Adam Smith, Immanuel Kant, John Stuart Mill, Alexis de Tocqueville, Keynes, Hayek dan Rawls,” katanya lagi.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.