Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, September 29, 2015

LAPORAN DOKTOR TENTANG SAKIT BAHU KANAN ANWAR IBRAHIM.

Banduan peliwat di Penjara Sungai Buloh dapat layanan istimewa. Inilah yang diperkatakan oleh ramai orang apabila membaca laporan berita tentang Anwar Ibrahim dan kecederaan kronik bahu kanan beliau.
Ikuti Pendedahan Dr MIM di SINI

ilustrasi MRI bahu

Malangnya, portal-portal pro-pembangkang tidak bersikap adil di dalam laporan mereka tentang isu ini. Ianya kerana Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah beberapa kali memberi penjelasan yang lengkap tentang isu ini. Lebih malang lagi, beliau terpaksa menjawab tuduhan-tuduhan daripada pihak sebelah Anwar Ibrahim yang tidak ada latar belakang ilmu perubatan.

Yang terbaru ialah kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaituPress Statement DG of Health: MRI And Professional Medical Opinion Provided for DSAI. Dan kenyataan akhbar adalah untuk menangkis laporan berita daripada beberapa portal pro-pembangkang.

1. ‘
Over a dozen medical experts, yet no MRI for Anwar’ - SorosKini MalaysiaKini
2. ‘
Anwar needs urgent surgery, his lawyers tell Putrajaya’ - TMI
3. ‘
Remove chief doc treating Anwar, say lawyers’ - FMT

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar yang lain:

1.  ‘
Medical Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ - 22 September 2015
2.   ‘
Medical Professionals Are Providing Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ - 26 September 2015
3. 
Press Statement DG of Health: MRI And Professional Medical Opinion Provided for DSAI. - 28 September 2015

Di antara perkara yang diterangkan di dalam laporan akhbar terbaru bertarikh 28 September 2015 ialah:

1. Untuk tujuan 
second opinion untuk sakit kronik bahu kanan Anwar Ibrahim, 4 pakar Orthopaedic dari luar panel pakar termasuk 2 pakar Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeons daripada hospital swasta telah merawat Anwar Ibrahim.  

2. 
Tidak cukup dengan itu, seorang pakar Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon daripada UMMC turut terlibat memeriksa Anwar Ibrahim untuk second opinion seperti yang diminta oleh keluarga banduan Sungai Buloh itu.

3. KKM juga menafikan laporan SorosKini MalaysiaKini yang berbohong kononnya tiada pemeriksaan radiologi MRI (Magnetic Resonance Imaging) dilakukan kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 3 bulan ini.

4. Padahal, 
2 MRI telah dijalankan pads 2 Jun 2015 dan 24 Ogos 2015. Repotnya pula disediakan oleo Pakar Radiologist HKL. Malah, repot dan CD telah diserahkan kepada keluarga Anwar.

5, Pokoknya, segala pemeriksaan, ujikaji dan rawatan yang diterima oleh Anwar Ibrahim adalah pada tahap profesialisme kedoktoran yang tinggi selaras dengan profesyen doktor itu sendiri.

Penjelasan Pengarah KKM pada 22 September 2015 pula sudah pasti mengejutkan anda semua.

1. Panel Pakar-pakar yang merawat banduan Sungai Buloh itu terdiri daripada 17 orang pakar klinikal daripada 8 disiplin perubatan: 
i. Perubatan (2): 1 Pakar Perunding Kanan Perubatan dan 1 Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi; 
ii. Ortopedik (7): 1 Pakar Perunding Kanan Pembedahan Ortopedik dan Tulang Belakang dan 6 Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Arthroscopy and Sports Surgery; 
iii. Urologi (2): 2 Pakar Perunding Kanan Urologi; 
iv. Dermatologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Dermatologi; 
v. Neurologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Neurologi; 
vi. Telinga, Hidung & Tekak (Ear, Nose & Throat, ENT) (1): 1 Pakar 
vii. Perunding Kanan Pembedahan Telinga, Hidung & Tekak; 
viii. Pergigian (1): 1 Pakar Perunding Pergigian;  
ix. Radiologi (2): 2 Pakar Perunding Muscular Skeletal Radiology
2. Perlu diingat bahawa kecederaan bahu kanan Anwar Ibrahim tidak berlaku di dalam penjara Sungai Buloh tetapi berlaku 2 tahun lepas. MiM perhatikan bahawa portal-portal pro-pembangkang seperti sengaja tidak memberitahu pembacanya tentang bila kecederaan itu berlaku. Kenapa?

Sampai begitu sekali rawatan yang diterima oleh banduan Sungai Buloh itu!

Tetapi kita tentu sangat kecewa dengan tuduhan keluarga beliau dan pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka menuduh kononnya 'kerajaan memberi layanan buruk, sikap acuh tidak acuh dan tidak berhati perut'.

Please lah…….jangan berbohong sampai tahap paling hina sekali. Rakyat pun tentu meluat dengan tuduhan melampau pihak pembangkang ini.

Dan kepada pihak pembangkang, janganlah pula sampai mahu memburuk-burukkan, menghina atau memperlekeh-lekehkan profesyen kedoktoran dan tahap profesionalismenya yang tinggi. Sebab pakatan pembangkang memang terkenal dengan modus operandiyang memburuk-burukkan pihak lain sebelum ini seperti pihak polis, kehakiman dan sebagainya.

Negara kita ini sudah cukup kepakarannya dalam merawat penyakit-penyakit kronik dan akut serta setaraf dengan luar negeri. Begitu juga dengan kelengkapan perubatan dalam negara ini.

Anda baca 2 kenyataan akhbar Pengarah Kesihatan Malaysia di bawah:

1.   
PRESS STATEMENT

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA


MRI AND PROFESSIONAL MEDICAL OPINION PROVIDED FOR

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
The Ministry of Health (MOH) wishes to refer to three articles dated 28th September 2015 by MalaysiaKini titled ‘Over a dozen medical experts, yet no MRI for Anwar’; The Malaysian Insider titled ‘Anwar needs urgent surgery, his lawyers tell Putrajaya’; and Free Malaysia Today titled ‘Remove chief doc treating Anwar, say lawyers’. Our two previous press statements titled ‘Medical Professionals Are Providing Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ on 26th September 2015; and ‘Medical Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ released on 22nd September 2015 are also referred to. 
As revealed to the media previously by his family, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) has a chronic right shoulder injury that now requires medical attention. This injury was sustained 2 years ago prior to his current imprisonment. He also has been diagnosed with various other chronic medical conditions as cited by his family to the press. 
The Panel of Experts treating DSAI consists of 17 clinical consultants from eight medical disciplines, including seven Consultants in Orthopaedic Surgery (three are from Hospital Kuala Lumpur, HKL and four are external experts from outside HKL) and two HKL Consultants in Radiology (subspecialising in Muscular Skeletal Radiology). 
With regards to seeking a second opinion on his chronic shoulder injury, this has been provided through the participation of the four external Orthopaedic Consultants in the Panel of Experts, of which two are Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeons from the private healthcare sector. 
In addition, a Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon from UMMC has been allowed by the prison authority to examine DSAI this morning as requested by the family to give another second opinion. A family conference was also subsequently held today involving the patient, family members, the Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon from UMMC, Consultant Orthopaedic Arthroscopy and Sports Surgeon from HKL and the Deputy Director of HKL. 
On the statement in the MalaysiaKini article that no recent MRI has been done, we would like to highlight that two MRIs were done on 2nd June 2015 and 24th August 2015. The MRI reports have been prepared by the HKL Consultant Radiologists. Copies of these reports and CDs of the images have been handed over to DSAI’s family with the former on 14th July 2015 and the latter on 21st September 2015. 
All decisions regarding DSAI’s treatment are made based on the recomendations of the panel of consultants and no one member of the panel makes decisions on his or her own. All medical reports are prepared by the respective clinical consultants involved in the Panel of Experts. These reports pertaining to his orthopaedic and various chronic medical conditions have also been handed over to the family on 14th July 2015 and 21st September 2015. 
The Ministry would like to convey our deepest appreciation of the professionalism shown by the doctors from the public and private healthcare sectors involved in the management of this case. The Director General of Health and the Ministry will stand by the collective decisions made by the Panel of Experts and their professional clinical advice on the appropriate medical attention for the patient. 
Thank you. 
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
Director General of Health Malaysia 
Ministry of Health Malaysia 
28th September 2015

2. 
KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

RAWATAN KESIHATAN UNTUK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

DIBERIKAN OLEH PROFESIONAL PERUBATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada artikel The Malaysian Insider bertajuk ‘Drop specialist treating Anwar, says Nurul Izzah of witness in sodomy trial’ pada 26 September 2015 dan kenyataan akhbar pihak KKM bertajuk ‘Medical Treatment for Datuk Seri Anwar Ibrahim’ yang dikeluarkan pada 22 September 2015. KKM mengambil maklum mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak terlibat berkaitan kes berprofil tinggi ini.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada pihak media sebelum ini oleh keluarga beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecedaran kronik pada bahu kanannya yang kini memerlukan rawatan perubatan. Kecederaan ini berlaku pada dua tahun yang lepas sebelum tempoh tahanan beliau sekarang. DSAI juga telah didiagnosa mengalami beberapa masalah kesihatan kronik seperti yang dinyatakan oleh keluarganya kepada pihak media. 
Rawatan perubatan DSAI semasa berada di dalam tahanan sekarang adalah di bawah sepasukan pakar-pakar klinikal daripada sektor awam dan swasta. Ini adalah untuk memastikan beliau menerima rawatan yang bersesuaian untuk pelbagai masalah kesihatan kronik beliau daripada profesional perubatan yang terbaik daripada bidang perubatan masing-masing. 
Panel Pakar-pakar yang merawat DSAI terdiri daripada 17 orang pakar klinikal daripada 8 disiplin perubatan: 
Perubatan (2): 1 Pakar Perunding Kanan Perubatan dan 1 Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi;
Ortopedik (7): 1 Pakar Perunding Kanan Pembedahan Ortopedik dan Tulang Belakang dan 6 Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Arthroscopy and Sports Surgery;
Urologi (2): 2 Pakar Perunding Kanan Urologi;
Dermatologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Dermatologi;
Neurologi (1): 1 Pakar Perunding Kanan Neurologi;
Telinga, Hidung & Tekak (Ear, Nose & Throat, ENT) (1): 1 Pakar Perunding Kanan Pembedahan Telinga, Hidung & Tekak;
Pergigian (1): 1 Pakar Perunding Pergigian; dan
Radiologi (2): 2 Pakar Perunding Muscular Skeletal Radiology 
Seorang anggota Fisioterapi senior juga telah ditugaskan untuk memberi rawatan fisioterapi yang bersesuaian dengan kecederaan kronik bahu beliau. Seperti yang dimaklumkan melalui kenyataan akhbar KKM yang lepas, pihak Panel Pakar-pakar juga telah bersetuju untuk membenarkan seorang Pakar Perunding Ortopedik dari PPUM yang telah dikenalpasti oleh pihak keluarga DSAI untuk memberi pendapat kedua dalam rawatan masalah perubatan beliau. 
Kesemua keputusan pengurusan klinikal oleh pihak Panel Pakar-pakar dilakukan secara bersama-sama, profesional, telus dan tidak berat sebelah. Pakar-pakar klinikal tersebut tidak pernah menafikan sebarang rawatan perubatan dan seperti mana pesakit-pesakit yang lain, pelan rawatan sentiasa disemak berdasarkan keperluan kes. 
Pihak Kementerian ingin mengucapkan penghargaan atas dedikasi yang telah ditunjukkan oleh semua doktor-doktor daripada pihak sektor awam dan swasta yang terlibat di dalam pengurusan kes ini. Pihak KKM juga menghargai tahap profesionalisma tinggi yang ditunjukkan oleh anggota profesion penjagaan kesihatan walau di mana mereka berada dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat. 
Tidak dapat disangkal bahawa profesion ini sangat mencabar dengan tahap ekspektasi yang tinggi daripada pelanggan dan memerlukan pengorbanan diri, dedikasi dan membuat kebajikan sepanjang hayat. Pihak KKM juga ingin mengingatkan para doktor untuk mengambil berat terhadap Hippocratic Oath kita dalam memastikan standard etika terjamin dan tidak putus daripada memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada para pesakit. 
Terima kasih 
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 
Kementerian Kesihatan Malaysia 
26 September 2015

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.