Anda tak teringin nak sertai Pesta Mandi Buih yang dianjurkan pada 11 Oktober di Padang Polo, Pulau Pinang dari jam 7:00 pagi sehingga 11:00 pagi? Sehari sebelum itu iaitu pada 10 Oktober pula, ada LARIAN BUIH di Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang.
Sebelum ini, parti bikini yang menampilkan wanita-wanita tidak berbaju kecuali hanya mengenakan coli sahaja dan sepatutnya diadakan pada 1 Oktober, telah dibatalkan oleh kelab yang menganjurkannya.
Sementara itu dalam satu perkembangan lain, Tweeter seorang individu yang bernama Alliscia Tan yang menggunakan akaun Tweeter Alice, telah dimuatnaik oleh Lim Guan Eng, atau admin laman Facebook rasminya sekaligus menjadikan wanita tersebut 'diserang' oleh para pengikut Lim Guan Eng, ekoran statusnya mengkritik Lim Guan Eng dalam menangani masalah anjing-anjing jalanan yang kini berhadapan dengan skuad pembunuh.
Tweeter Alice bukannya viral pun. Ketika Tweetnya dipetik, hanya satu perkongsian dan balasan daripada kawannya sebelum tiba-tiba menjadi sangat 'famous' setelah diangkat oleh laman rasmi peribadi Facebook Lim Guan Eng.
Kesalahan besar yang dilakukan oleh Alliscia ialah, mengadu tentang serangan-serangan RBA ke atasnya kerana mengkritik kaedah pembinasaan rabbies menerusi pembunuhan anjing-anjing jalanan liar. Kritikan Alliscia itu kemudiannya 'menarik perhatian' Lim Guan Eng sehingga perlu memuatnaikkannya ke laman rasmi Facebook Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ada juga masa untuk Lim Guan Eng untuk stalker akaun tweeter Alliscia yang jelita itu yek?
Tidak dapat dipastikan sama adalah Alliscia Tan adalah 'manusia sebenar' tetapi akaun Twitternya telah wujud semenjak 2012. Yang pasti ialah, gambar profilnya memang 'sejuk' mata memandang sekaligus mendorong tarikan tersendiri!!!
Inilah yang dinamakan UBAH dan INI KALILAH! Anda tidak boleh menentangnya kerana menentangnya bererti RASIS!!!
Ketika DAP telah menyatakan, kemungkinan besar mereka akan mengambil tindakan saman ke atas Majlis Agama Islam Pahang dan Mufti Pahang kerana khutbah Aidil Adha, di Pulau Pinang sendiri, menjelaskan apa sebenarnya DAP dan mengapa khutbah Aidil Adha yang digunakan di Pahang adalah selari dengan perbuatan mereka.
Tak tahulah kalau Parti Amanah Negara (Tanah Air Tercinta) berjaya menemui dalil-dalil naqli untuk membenarkan tindakan DAP dan Lim Guan Eng serta menyalahkan Majlis Agama Islam Pahang serta Alliscia Tan. Seterusnya
No comments :
Post a Comment