Nak
ketawa pun ada, nak marah pun ada. Itulah yang penulis rasa apabila
mengenangkan ramai yang tidak tahu untuk membezakan sumbangan dan
rasuah. Dua perkataan yang sangat berbeza makna yang berteraskan
subjek yang sama, iaitu duit.
Peliknya,
yang tidak faham itu adalah mereka yang berbangsa Melayu dan Bahasa
Melayu merupakan bahasa kegunaan harian mereka. Mereka rata-ratanya
masih tidak berpuas hati dan cuba menyindir tentang sumbangan RM2.6
bilion yang disumbangkan kepada Presiden UMNO.
Kata
mereka, RM2.6 bilion itu rasuah dan tidak wajar ditakrifkan sebagai
sumbangan politik.
Penulis
rasa, sudah berbuih mulut dijelaskan bahawa wang tersebut merupakan
sumbangan dana politik kepada UMNO yang disalurkan melalui akaun
Presiden UMNO yang menjadi pemegang amanah parti. Sangat mudah untuk
difahami penjelasannya, bukan?
Dari
mana datangnya wang itu? SPRM sendiri sudah mengesahkan bahawa wang
itu datangnya dari Timur Tengah. Bila disebut negara Timur Tengah,
penulis yakin terlintas di fikiran kita bahawa negara itu adalah
negara Islam, bukan?
Kenapa
disalurkan kepada akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak? Ikut suka
penyumbanglah untuk salurkan ke akaun mana yang mereka suka!
Takkanlah hendak disalurkan pada Tun Dr Mahathir? Nanti dia pakai
untuk Proton dan kayakan kroni dia pula, kan? Khabarnya dia meminta
berbilion ringgit untuk Proton yang bukan lagi berstatus GLC negara,
benarkah?
Lagipun,
secara logik akalnya, Najib merupakan salah seorang pemegang amanah
bagi parti UMNO. Bila wang dimasukkan ke akaunnya, sudah tentu ada
rekod masuk dan keluar wang berkenaan. Jadi, tidak perlu risau jika
ia tercicir di tengah jalan seperti yang berlaku sewaktu orang lain
jadi Presiden UMNO sebelum ini.
Khabarnya,
wang itu digunakan untuk PRU ke-13 tempohari. Jika dihitung, RM2.6
bilion dan dibahagi-bahagikan kepada 222 kawasan Parlimen dan lebih
500 Dewan Undangan Negeri, calon yang bertanding dan perbelanjaan
lain, apakah jumlah itu mencukupi? Faham?
Ada
orang kata, pilihanraya di zamannya hanya menggunakan wang sebanyak
RM10 juta sahaja. Percaya pada kata-kata itu? Penulis harap tidak ada
yang muntah kahak hijau mendengar jumlah RM10 juta digunakan untuk
PRU. Kalau nak muntah juga, sila muntah pada orang yang berkata
sedemikian…
Berbalik
kepada perbezaan antara sumbangan dan rasuah. Pada pandangan penulis,
rasuah membabitkan perbuatan menyalahguna kuasa untuk mendapat
imbuhan sama ada dalam bentuk material atau khidmat dengan memberi
sesuatu kepada mereka yang meminta sesuatu atas kuasa yang ada
padanya.
Sebagai
contoh mudah, seorang pegawai trafik menerima sejumlah wang dari
seorang pesalah trafik supaya dia tidak disaman. Maka itu dinamakan
rasuah, faham?
Contoh
terbaru, mana-mana individu yang membeli rumah di bawah harga pasaran
ekoran kelulusan bank yang terbatas pada slip gajinya, dan walaupun
tuan rumah setuju menjual rumah tersebut berdasarkan kemampuan
pinjaman bank yang terhad itu, maka ia juga dianggap ‘rasuah’.
Sumbangan
pula contohnya adalah seperti Kerajaan Arab Saudi memberikan RM1 juta
dan tawaran menunaikan haji kepada keluarga mangsa yang terkorban
dalam tragedi kren tumbang di Mekah baru-baru ini. Itulah yang
dikatakan sumbangan.
Jadi,
sumbangan seperti yang dilakukan Arab Saudi itu samalah juga dengan
sumbangan dana politik yang diterima Najib. Negara Timur Tengah itu
menghargai Najib dan suka sekiranya UMNO terus menerajui Malaysia.
Mungkin kerana dasar Islam fundmental yang menjadi contoh banyak
negara Islam di luar sana menyebabkan negara Timur Tengah itu
menghulurkan sumbangan itu.
Lagipun,
selalunya negara Islam di Timur Tengah hanya menyumbang kepada
sesuatu yang bertujuan baik untuk agama Islam. Lainlah jika dana itu
disumbang dari Israel, Woltfowitz, Soros dan sekutu-sekutu Yahudi di
blok-blok negara barat, bukan?
Sebagai
contoh, ketika berlakunya gempa bumi di Sabah, bukankah ada negara
dari Timur Tengah yang menghulurkan sumbangan? Nak diharapkan dari
Soros atau negara pro-Yahudi? Kirim salamlah! Lebih baik dihulur pada
pihak pembangkang, kan?
Soalnya,
apakah sumbangan dana politik wajar dikatakan sebagai rasuah? Jika
wajar, penulis yakin bahawa semua parti di dunia ini adalah korup
kerana mereka semua menerima sumbangan dana politik dari pelbagai
pihak, bukan? Jangan tipulah!
Jadi,
tidak perlulah untuk disindir RM2.6 bilion itu rasuah atau sumbangan.
Itu kebudak-budakan namanya. Sumbanga dana politik itu secara tidak
langsung adalah ‘open secret’, semua parti politik termasuk PAS,
UMNO, DAP, PKR mahupun Amanah diyakini terima sumbangan dana dari
pelbagai pihak.
Bila
Najib cabar untuk semua parti politik dedah ‘rasuah’ dana politik
yang diberi pada parti politik di Malaysia, ada pula yang tidak
setuju. Kenapa? Takut? Bimbang tembelang pecah? Bimbang rakyat
Malaysia dapat tahu sumber mereka dari Yahudi, kongsi gelap dan
negara blok komunis? Kalau ‘bersih’ sangat, kenapa nak takut,
kan?
Tidak
perlulah berlagak ‘suci’ sangat. Penulis yakin, setiap wang yang
keluar masuk di negara kita sememangnya diketahui dari mana
sumbernya. Jika PDRM tidak tahu pun, Bank Negara mungkin tahu. Jika
Bank Negara tak tahu pun, mungkin LHDN tahu. Cuma tidak
digembar-gemburkan sahaja di atas terma ‘kerahsiaan’ dan
undang-undang…
Sebab
itulah penulis agak marah apabila ada rakyat negara kita yang
bersikap kebudak-budakan yang tidak faham perbezaan antara rasuah dan
sumbangan. Namun penulis ketawa semula apabila menyedari betapa
ruginya pembangkang yang disokong oleh mereka yang sangat dangkal dan
rendah tahap pemikirannya, kan? Seterusnya
2 comments :
JAHATnya si PKRHOMO no, sampai ZAKAT pun disyaki sanggup nak TIPU! Lihat di -http://badutrakyat.blogspot.com/2015/08/kantoi-deig-azmindeig-penipuan-azminali.html , KANTOI !!! #DEIG #AZMINDEIG !!! PENIPUAN #AZMINALI DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!! August 24, 2015!
Aku HERAN betullah SPRM ni! Asyik YAB PM/UMNO/1MDB kita diSIASAT! Lepas tu BISING bila diTUDUH tak buat kerja seolah SPRM ni KEBAL undang-undang pula - letakkan SPRM ni bawah SURUHANJAYA INTEGRITI Agensi Penguatkuasaan di bawah JPM - mcm. PDRM tu! SPRM juga haris diPANTAU - jgn. pula SPRM dibiaqkan bermaharajalela seolah dia PALING berkuasa di Malaysia ni!
Dahlah ramai pekerja JPA menyokong PEMBANGKANG-KEPARAT dlm. diam, mcm. si DALANG-DUA-MUKA! Mcm-mcm SUBSIDI diberi K'jaan tapi TAK pernah berterimakasih puak DALANG ni!
Aku AKAQ UMBI dari RAKYAT Malaysia ni juga sedang menunggu SPRM/PDRM utk. MENYIASAT RM7.56 billion duit rakyat Selangor yg. lesap dalam tempoh 12 bulan ni di bawah AzminBANGANG dan isu DEIG ni yang melibatkan wang rakyat bernilai RM 30 billion! SPRM – buat KERJA betul-betul!
Lihat juga di -
http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/2015/08/apa-mahsiswa-ni-tahu-asyik-nak-protes.html, APA MAHSISWA NI TAHU. ASYIK NAK PROTES PASAL WANG DERMA RM2.6 BILLION, BAGAIMANA DENGAN ISU DEIG YANG MELIBATKAN WANG RM30 BILLION. ITU DUIT RAKYAT. JUMAAT, 21 OGOS 2015 ; di http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/deig-ditubuh-supaya-rm765-billion-tak.html, DEIG ditubuh supaya RM7.65 billion tak dikesan, Posted by The Unspinners at 8/23/2015; dan di http://theflyingkick.blogspot.com/2015/08/pejabat-operasi-darul-ehsan-investment.html , PEJABAT OPERASI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) TIDAK WUJUD!!! , May, August 27, 2015!
Nek Tempoyak.
Tun M, Geng tun M, x PM, semuanya mcm tak tahu bezakan. Serabutnya. Nampak sgt Islam & melayu malaysia ni mudah goyang imannya. Sedikit shj Allah uji, bagai nak rak mereka melalak. Semua fakta bukan sahihpun, kutip dari sumber media yg berpihak. Melayu oh melayu. Tun M kata melayu mudah lupa..diapun sama.
Post a Comment