Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, September 3, 2015

Pembelian kapal perang Mistral perlu bagi negara: Presiden Isma


BANGI, Rabu – Demi memastikan kedaulatan negara terus terjaga, pembelian aset ketenteraan yang strategik adalah sangat diperlukan.

Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, ia adalah perlu untuk mengimbangi persaingan kuasa besar dunia antara China dan Amerika Syarikat di Laut China Selatan sebagai aset cegah dan rintang yang berbisa.

“Pembelian aset strategik adalah bertujuan untuk memodenkan Angkatan Tentera Malaysia seterusnya membuka ruang dan dimensi baru kepada kemampuan serta kekuatan ketenteraan negara,” katanya mengulas ura-ura kerajaan Malaysia akan membeli kapal pengangkut helikopter Mistral buatan Perancis yang bernilai kira-kira RM3 bilion.

Satu media antarabangsa pada 26 Ogos lalu menyiarkan laporan bertajuk ‘France Russia Mistral Ships Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier’ yang mengatakan bahawa lawatan dua hari Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian ke Malaysia mempunyai kaitan dengan pembelian kapal perang itu.

Pembelian aset strategik menurut Ustaz Abdullah adalah amat diperlukan untuk kegunaan misi bencana alam seperti gempa bumi di Sabah baru-baru ini serta misi pencarian pesawat MH370 yang menelan belanja yang begitu besar akibat kekurangan kelengkapan yang dimiliki.

Selain itu, ia menunjukkan kesiapsiagaan dan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia dalam menghadapi musuh di sekeliling.

“Pembelian aset strategik dan berkemampuan tinggi mampu menggerunkan musuh untuk menyerang negara kita seperti mana yang berlaku ketika peristiwa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013. Apa yang telah berlaku adalah satu petanda bahawa musuh memandang rendah keupayaan ketenteraan negara kita,” katanya lagi.

Terkini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata Malaysia tidak mengadakan perbincangan dengan Perancis mengenai pembelian sebuah kapal pengangkut helikopter Mistral dalam pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Perancis Jean-Yves Le Drian Selasa.  Seterusnya

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.