Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 7, 2015

Kevin Morais yang hilang tidak terlibat siasat 1MDB, kata peguam negara

Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang hilang tidak ada kena mengena dengan siasatan 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang hilang bukan sebahagian daripada pasukan petugas kerajaan yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Apandi berkata demikian mengulas spekulasi di media sosial mengenai kemungkinan ada kaitan antara kehilangan beliau dan siasatan berprofil tinggi ke atas syarikat pelaburan negara itu, yang juga melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dia tidak ada kena mengena dengan siasatan 1MDB,” Apandi memberitahu The Malaysian Insider dalam satu pesanan ringkas petang ini.
Morais, yang bertugas dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.
Sumber berkata, Morais meninggalkan rumah kira-kira 9 pagi dengan memandu kenderaan milik kerajaan, sebuah Proton Perdana kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Satu panggilan yang dibuat rakannya pada jam 10.30 pagi tidak dijawab. Cubaan untuk membuat panggilan ke telefon bimbit Morais beberapa jam selepas itu juga tidak berjaya.
Selepas Morais tidak hadir bekerja pada Jumaat, seorang saudaranya membuat laporan di Balai Polis Jinjang semalam.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang sementara Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka sedang mendapatkan bantuan dari rakan mereka di negeri lain.Kevin Anthony Morais DPP murder
Awal pagi semalam, sebuah kereta ditemui terbakar di Hutan Melintang, Perak, menimbulkan syak ia mungkin milik Morais.
Sementara itu, dalam satu kenyataan petang ini, Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata, pihaknya terkejut dengan berita kehilangan Morais itu.
Beliau berkata, Morais pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya di Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM selama 10 tahun sehingga beliau kembali ke Jabatan Peguam Negara pada Julai tahun lepas.
Beliau seorang yang dedikasi dan komited dalam menjalankan tugas,” kata Azam sambil menambah, Morais mengendalikan banyak kes berprofil tinggi untuk SPRM dan sehingga saat kehilangannya, beliau masih sedang menguruskan beberapa kes untuk agensi itu. – TMI

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.