Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, September 11, 2015

Pemimpin Umno Bertaut?


1. Semalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno berjalan seperti biasa, selepas dua kali tertangguh, ekoran tindakan drastik Perdana Menteri memecat Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden serta seorang AMT daripada kabinet beliau. Sumber

2. Tukang kipas berminggu-minggu, membuat berbagai spekulasi termasuk memburukkan hubungan antara Presiden dan Timbalan, malah ada Bahagian-Bahagian Umno menangguk di air keruh, dengan menamakan Timbalan Perdana Menteri yang baru, perlu menduduki kerusi Timbalan Presiden sepertimana kebiasaan, walaupun keadaan itu hanya akan berlaku pada pemilihan parti. Pemilihan parti telah ditangguhkan, dan bakal diadakan selepas PRU-14.

3. Para tukang kipas, sempat juga membuat cadangan agar Presiden parti memecat Timbalan Presiden kerana ada yang mengandaikan, bahawa dalam satu bukit, tidak mungkin ada dua harimau. Terciptanya dua harimau tersebut, berikutan Timbalan Presiden bukan lagi sebahagian daripada Kerajaan, sehingga diertikan, bahawa Timbalan Presiden parti, tidak termasuk dalam mempertahankan kerajaan. Dengan andaian itu, maka secara langsung tidak lagi mengiktiraf bahawa Umno merupakan tulang belakang kerajaan.

4. Namun, AMT berfikiran lain, AMT masih menganggap, bahawa Parti merupakan tulang belakang kerajaan. Atas sebab itu, pada mesyuarat semalam, tidak berlaku tindakan-tindakan drastik, malah telah berlakunya pertautan antara pemimpin. Malah, Datuk Tajudin Abdul Rahman, salah seorang AMT dan merupakan Ketua Bahagian Pasir Salak, Perak, salah seorang pemimpin yang cuba membuat kecoh dengan mencadangkan agar Tan Sri Muhiyiddin Yassin diganti, membuat kenyataan, bahawa mesyuarat AMT semalam, merupakan mesyuarat yang akan dikenang selamanya, kerana betapa cerdiknya para pemimpin Umno dalam mempertahankan parti dan seterusnya mempertahankan agar parti itu terus menjadi tunjang kerajaan.

5. Antara pemimpin yang membuat komen selepas mesyuarat adalah Dato Sahidan Kassim, dengan mengatakan, tiada "lebam" berlaku. 

6. Untuk sementara, tukang kipas telah gagal mencipta kemelut dalam parti, namun, mereka tidak akan berhenti, kerana mereka tahu, hanya melemahkan parti sahaja, merupakan peluang mengalahkan parti itu dalam pilihanraya. Selain itu, mereka tahu, melalui krisis dalam parti sahaja, peluang bagi pemimpin yang mahu mendapat kedudukan bakal berlaku.

7. Perlu diingat, musuh parti bukan sahaja daripada luar, malah daripada dalam parti. Musuh daripada luar mudah untuk dihadapi kerana jelas kedudukannya, masalah utama adalah musuh daripada dalam, yang dikategorikan sebagai musuh dalam selimut atau duri dalam daging.

8. Umum mengetahui, bahawa isu yang menyelubungi parti sehingga menimbulkan kemelut adalah perbedaan pendekatan bagi mengatasi kemelut 1MDB dan wang derma RM2.6bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Presiden Parti.

9. Perbedaan pendekatan berkaitan kemelut 1MDB, adalah punca pemecatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden daripada kabinet. 

10. Mesyuarat AMT semalam, tidak menggambarkan, bahawa terdapatnya jurang antara pemimpin tertinggi parti, malah telah membuat keputusan memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut 1MDB dalam tempoh 6 bulan. Tidak mula dinyatakan, jika kemelut 1MDB tidak dapat diselesaikan dalam tempoh itu, apa yang akan berlaku.

11. Setidak-tidaknya melalui mesyuarat AMT semalam, para pemimpin Umno telah bertaut. Harap-harap selepas ini, pihak-pihak tertentu mengekang diri daripada memberi kenyataan yang boleh memperburukkan keadaan, sehingga kenyataan-kenyataan itu digunakan sebagai senjata oleh pihak musuh.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.