Pengerusi
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Mohamed Hafiz
Mohamed Nordin mengesyorkan kepada bekas Menteri Kabinet, Tan Sri
Rafidah Aziz untuk belajar semula sejarah kemerdekaan negara serta
memahami tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.
“Rafidah
patut belajar semula sejarah. Saya tidak sangka seorang bekas
menteri, seorang bekas pemimpin parti Melayu Umno tidak faham tentang
keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak patuh
kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya artikel 153,
152 dan 89 yang bersabit dengan keMelayuan.
“Kenyataan
dia itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Siapa dia untuk menidakkan
bangsa Melayu? Tuhan?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan Rafidah yang mahukan bangsa
Melayu untuk tidak lagi memperkenalkan diri mengikut kaum berikutan
hidup di negara majmuk. Rafidah juga berkata Tanah Melayu kini sudah
tiada, yang ada cuma Malaysia.
Menyifatkan
Rafidah sebagai warga derhaka kepada tanah Melayu ini tegas Ustaz
Hafiz, sebagai bekas menteri dia sewajarnya menasihatkan
bangsa-bangsa lain dalam negara ini agar menghormati bangsa asal dan
bangsa yang lebih awal menjadi penghuni bumi Melayu ini.
“Sedangkan
Allah adalah pencipta semua bangsa-bangsa di dunia ini termasuk
bangsa Melayu yang dikasihi.
“Nabi
Muhammad SAW tidak pernah malu untuk mengaku sebagai seorang Arab
berbangsa Quraish walaupun negara yang dipimpin oleh Nabi SAW lebih
majmuk dari masyarakat Malaysia.
“Nabi
juga tidak pernah cuba untuk memadamkan bangsa-bangsa yang wujud
dalam negara pimpinan baginda.
“Jadi
saya ingatkan kepada semua umat Melayu untuk tidak terpengaruh dengan
fahaman songsang Rafidah itu,” katanya.
http://www.ismaweb.net/2015/09/siapa-rafidah-untuk-menidakkan-bangsa-melayu/
No comments :
Post a Comment