Bukti
daripada polis Thailand boleh dianggap penting dalam siasatan oleh
polis Malaysia terhadap peranan beberapa individu Malaysia yang
terkemuka di sebalik komplot menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut sumber-sumber
polis.
Komplot
itu, menurut mereka, dilaksanakan melalui kempen media bertujuan
menyerang 1Malaysia Development Bhd.(1MDB).
Sumber polis Thailand
berkata, warga Switzerland, Xavier Andre Justo membekalkan para
penyiasat dengan urutan masa terperinci mengenai konspirasi untuk
menggugat kerajaan Malaysia yang dirancang oleh pihak-pihak diketuai
oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sejak enam bulan
lepas.
Justo,
yang ditahan pada pertengahan Jun di Thailand, telah mengaku mencuri
dan cuba memeras ugut bekas majikannya dengan menggunakan maklumat
sulit yang dicuri dan telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun
selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Pada April 2011, semasa
bertugas sebagai ketua unit IT PetroSaudi International Ltd.,
(PetroSaudi), dia mencuri lebih 90 gigabyte data dari server syarikat
dan kontraknya dengan syarikat tersebut ditamatkan sejurus selepas
itu.
Pada
2013, Justo cuba memperoleh ganjaran kewangan daripada maklumat yang
dicurinya dengan memeras bekas majikannya.
Percubaan itu gagal dan
lelaki berusia 48 tahun itu mula mencari pembeli baharu bagi maklumat
tersebut.
Sumber-sumber polis berkata, melalui seorang rakan di
Switzerland, Justo telah menghubungi ahli perniagaan yang berpusat di
London, Kamal Siddiqi (Baca Sini) yang memperkenalkannya dengan
Rewcastle-Brown, yang kemudian melakukan pelbagai percubaan untuk
bertindak sebagai perantara bagi menjual maklumat yang dicuri dengan
beberapa kumpulan Malaysia.
Menurut
sumber polis Thailand, Rewcastle-Brown mulanya menghubungi Nurul
Izzah Anwar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Anwar
Ibrahim yang kini dihukum penjara, bagi mendapatkan maklumat daripada
Justo tetapi percubaan itu tidak berjaya berikutan perbezaan dalam
kaedah pembayaran.
Selepas
pelbagai percubaan dengan pembeli yang berpotensi, Rewcastle Brown
akhirnya dapat menghubungi ahli pembangkang Tony Pua pada sekitar
November tahun lepas yang membolehkan dia berhubung dengan pemilik
The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.
Sumber-sumber
polis berkata Brown, Justo dan Kooi Ong mengadakan pertemuan di
Fullerton Hotel di Singapura pada sekitar Februari tahun ini dan
sejurus selepas itu, pemilik akhbar The Edge dan Justo bersetuju
dengan terma-terma bagi penjualan data korporat yang dicuri itu.
Menurut
sumber-sumber tersebut, Kooi Ong bersetuju membayar AS$2 juta kepada
Justo Consulting Co Ltd, yang berpusat di bandar peranginan pulau Koh
Samui, Thailand, bagi penjualan apa yang disifatkan sebagai "Justo
Property IT Software".
Justo
mengaku bahawa persetujuan tersebut bertujuan bagi membuat pembayaran
untuk penjualan maklumat PetroSaudi yang dicuri.
Sejurus
selepas persetujuan itu selesai, Sarawak Report mula membuat liputan
agresif bersama The Edge dan portal berita Malaysian Insider mengenai
perkembangan berhubung PetroSaudi dan 1MDB. Sumber seterusnya di SINI
No comments :
Post a Comment