Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, September 11, 2015

Dalang Konspirasi Jumpa Muhyiddin


muhyiddin1mdb

Namun demikian, konspirasi wujud dan konspirasi itu sedang didalangi oleh seorang tokoh yang amat berkuasa. Dan Muhyiddin tahu siapa mereka. Dan jika beliau tidak mendedahkan nama-nama tersebut sedangkan beliau boleh berbuat demikian, maka ia jelas tertakluk kepada sebab tertentu untuk Muhyiddin dedahkan mereka.

Semalam, Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Majlis Tertinggi Umno bahawa beliau sedar wujud konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi beliau tidak terlibat dalam konspirasi tersebut.

Muhyiddin juga berkata, yang beliau tahu identiti pengkomplot kerana mereka telah berjumpa beliau dan telah memaklumkan kepada beliau berkenaan plot untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Walaupun Muhyiddin tidak memberitahu Majlis Tertinggi identiti sebenar pengkomplot tersebut, namun tidak diketahui sama ada beliau mendedahkan nama-nama mereka kepada Najib secara rahsia di luar mesyuarat Majlis Tertinggi.

Namun demikian, konspirasi wujud dan konspirasi itu sedang didalangi oleh seorang tokoh yang amat berkuasa. Dan Muhyiddin tahu siapa mereka. Dan jika beliau tidak mendedahkan nama-nama tersebut sedangkan beliau boleh berbuat demikian, maka ia jelas tertakluk kepada sebab tertentu untuk Muhyiddin dedahkan mereka.

Jadi, pada dasarnya, nasib pengkomplot terletak di tangan Muhyiddin dan maklumat ini boleh digunakan sebagai kuasa penentu atau alat yang akan digunakan kelak. Muhyiddin boleh mendiamkan diri dan membenarkan konspirasi untuk terus berlaku atau beliau dedahkan mereka agar Najib boleh menghapuskan mereka pula.

Bak kata orang, dalam situasi ugut, ianya berjaya apabila wujud ketakutan didedahkan. Apabila mangsa ugut telah terdedah maka faktor ketakutan itu tidak lagi wujud. Oleh itu anda perlu letakkan mangsa dalam keadaan ketakutan dengan tidak mendedahkan perkara tersebut. Cara ini juga yang digunakan oleh Muhyiddin, letakkan konspirator dalam keadaan ketakutan didedahkan.

Dengan secara terbuka mengisytiharkan bahawa konspirasi wujud dan beliau tahu siapa mereka kerana mereka telah berjumpa, maka Muhyiddin memberitahu parti bahawa Najib tidak salah. Apabila Najib berkata bahawa isu 1MDB dan RM2.6 juta adalah isu-isu yang digunakan oleh para konspirator dalam usaha untuk menggulingkan beliau, Najib adalah betul.

Cerita ini tidak berakhir begitu saja. Langkah untuk menggulingkan Najib tidak mati lagi. Ia hanya mengalami gangguan sementara yang membuatkan mereka kembali merancang dan memperhalusi rancangan mereka. Ini bermakna undi tidak percaya yang dirancang di Parlimen tidak menyebelahi mereka. Dan jika undi tersebut gagal dan Najib masih kekal maka ia akan mendedahkan mereka yang mengundi menentang beliau dan mereka bagaikan “ducks in a row to be shot at will”.

Satu perkara yang anda tidak boleh lakukan adalah untuk lukakan mangsa buruan anda. Sama ada bunuh atau jangan cuba apa-apakan kerana haiwan yang cedera adalah haiwan yang ganas. Jika anda lakukan undi tidak percaya dan gagal, maka habislah anda. Itu adalah sifat binatang yang mengalami cubaan rampasan kuasa. Pastikan anda berjaya atau jangan cuba langsung. Rampasan kuasa gagal adalah sesuatu yang anda tidak mahu terlibat, percayalah.

Semalam saya ada menyebut yang Wall Street Journal telah menerbitkan artikel berdasarkan maklumat yang datang dari PAC. Seseorang dari PAC telah menjual maklumat tersebut kepada Wall Street Journal dengan harga yang mahal. Menurut sumber dalaman, pihak berkuasa mungkin siasat semua akaun bank ahli PAC pada masa ini, bukan sahaja bank-bank di Malaysia tetapi juga di Singapura, Australia, Hong Kong, dan lain-lain lagi.

Walaupun suspek utama adalah Tony Pua, tetapi semua akaun bank ahli PAC yang lain, malahan mereka yang kini merupakan ahli Kabinet pun akan disiasat. Tony Pua tidak boleh mendakwa bahawa beliau menjadi sasaran. Mungkin lebih daripada seorang yang terlibat, malahan beberapa orang dari UMNO juga mungkin turut sama.

Mana-mana ahli PAC yang mempunyai urus niaga luar biasa dalam akaun bank mereka mungkin bermasalah melainkan jika mereka boleh menerangkan berkenaan transaksi tersebut. Walaubagaimanapun, saya akan memaklumkan kepada anda perkembangan terkini yang makin menarik seiring dengan masa.  

3 comments :

Anonymous said...

megat penjilat alam..skrg ni artikel RPK senantiasa di quote oleh blongang blongang najib bapok..bukan main 'sayang' RPK.dgn umno yerrr
Artikel RPK.yg.menyokong murtad tak nak copy paste ker tuan megat??

megat panjialam said...

Ko penjilat siapa anon, anwar lbgt, madey kutty, atau mat sabutuh.. hahaha macam marah apa kes?.

megat panjialam said...

Ko penjilat siapa anon, anwar lbgt, madey kutty, atau mat sabutuh.. hahaha macam marah apa kes?.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.