Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 14, 2015

Warm Up Baju Merah adalah Palsu | Foto2 Himpunan Baju Merah Sudah Bermula???



KENYATAAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR


Kuala Lumpur, 13 Sept. 2015 - Berikutan sebaran berita dan gambar di laman media sosial berkaitan sekumpulan mat rempit berbaju merah sedang berkumpul dan berkeliaran dari Jalan Chow Kit kemudian ke Pavilion dan kawasan Bukit Bintang, Polis Kuala Lumpur ingin menegaskan dan menafikan kesahihan berita dan gambar tersebut. 

Berita dan gambar-gambar tersebut adalah tidak benar sama sekali dan Polis Kuala Lumpur mendapati tiada kumpulan berbaju merah berkumpul atau berkeliaran di bandaraya ini. Tiada sebarang penutupan jalan disekitar Kuala Lumpur terutamanya jalan-jalan yang menuju ke Plaza Low Yat.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan daripada mana-mana balai polis berhampiran, dan tidak mempercayai atau terpengaruh dengan penyebaran gambar dan berita yang tidak berasas tersebut. Tindakan tegas akan diambil mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan ke atas mana-mana inidividu yang dipercayai menyebarkan maklumat yang berunsurkan hasutan dan menakut-nakutkan orang ramai.

Polis Kuala Lumpur akan sentiasa memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur akan terus terjamin. Setiap maklumat dan informasi yang diterima perlulah disahkan serta diperoleh daripada sumber yang benar atau pihak berkuasa.



YDH CP Dato' Tajudin bin Md. Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur.

=================================================================================================





Difahamkan penunggang motosikal berbaju merah tersebut adalah kumpulan Anti-Bersih 4.0 yang datang membuat demo di depan SOGO pada 25 Ogos 2015. Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah.

Berita hari ini yang menyatakan kumpulan tersebut berarak dengan membuat bising dari enjin motosikal mereka dari Chow Kit ke Low Yat Bukit Bintang adalah fitnah oleh pihak yang tidak senang hati yang sengaja hendak memburukkan penganjur Himpunan Melayu  pada 16 September 2015. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.