Sekarang ini sudah timbul ramai 'pakar ekonomi' bidan terjun yang bercakap tentang ekonomi negara dan dunia. Mereka bukan pakar ekonomi tetapi komentar mereka macam mereka benar-benar tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam bab ekonomi ini.
Di
tambah lagi dengan portal-portal pro-pembangkang dan
pencacai-pencacainya yang akan menokok tambah dan memutar belitkan
sesuatu berita atau isu itu hanya kerana mahu memburuk-burukkan
kerajaan BN.
Realitinya, dakwaan
bahawa Malaysia akan menjadi bankrap berikutan kejatuhan nilai
ringgit dan penurunan harga minyak adalah tidak benar,
kata
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, TS Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beiau berkata ekonomi negara ketika ini masih berkembang kukuh pada kadar melebihi lima peratus dengan pelbagai pembaharuan akan dibuat bagi memastikan kerajaan terus berbelanja secara berhemah.
Katanya selain Malaysia, banyak negara yang bergantung kepada ekonomi berasaskan komoditi seperti Australia, Rusia dan Brazil mengalami kejatuhan nilai mata wang yang lebih teruk berikutan penurunan harga minyak dunia dan pengukuhan dolar Amerika.
"Sekarang ekonomi kita masih berkembang dan lebih kukuh berbanding krisis kewangan 1997/1998 di mana perkembangan ekonomi kita ketika itu adalah negatif.
"Namun ketika ini kita masih lagi boleh membayar gaji kakitangan awam. Kalau kita nak bankrap, kita tak mampu bayar (gaji)," katanya - seterusnya
Dan
di antara langkah kerajaan bagi mengatasi masaalah ekonomi negara
ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa
Khas Ekonomi (JKE) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, DS Abdul Wahid Omar
Mohd Irwan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan langkah yang perlu dilakukan berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa itu tidak lama lagi selain pengumuman Bajet 2016 pada 23 Okt depan.
"Inilah antara perancangan kerajaan. Bukan semuanya cantik, setiap negara ada kekurangan tetapi kita cuba perbanyakkan perkara yang baik supaya ekonomi negara kekal kukuh," jelasnya - Bernama
Kita
amat berharap agar segala isu ekonomi, politik dan matawang ini akan
dapat diselesaikan dengan baik. Ianya adalah pusinganviscous cycle
periodikal yang dihadapi oleh negara Malaysia dan juga dunia.
Dakwaan pembangkang yang kononnya ekonomi negara sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. BACA SINI
Dalam masa yang sama, ahli ekonomi kanan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Frederico Gil Sander juga pernah menerangkan bahawa kedudukan ekonomi Malaysia yang pelbagai, bukan sahaja menyediakan penampan yang baik, malah mampu menampung dan mengehadkan impak susulan kejatuhan harga minyak. BACA SINI dan SINI
No comments :
Post a Comment