Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, September 11, 2015

Konspirasi Menjatuhkan Najib


1.Rupanya konspirasi menjatuhkan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam agensi yang kerajaan sendiri. Caranya maklumat yang boleh memburukkan imej dan boleh dipergunakan menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 itu disalurkan oleh agensi-agensi berkenaan, samada kepada pihak pembangkang ataupun media termasuk media asing.

2. Pendedahan akaun peribadi Perdana Menteri, hanya boleh dilakukan samada oleh pihak bank itu sendiri atau Bank Negara. Apabila timbul siasatan, maka pihak yang terlibat adalah SPRM, Polis dan Jabatan Peguam negara, kemudian diikuti oleh PAC dan Audit Negara.

3. Dalam soal pendedahan akaun peribadi Perdana Menteri, hanya dua pihak yang terlibat, Bank di mana akaun itu dibuka dan Bank Negara. Pihak yang mendedahkan akaun tersebut, hanya ding dong antara dua pihak itu. Namun, jika salah satu pihak yang mendedahkan, mengapa perlu masa lebih dua tahun untuk mendedahkannya? 

4. Sesuai dengan kenyataan mantan Peguam Negara, bahawa pasukan khas yang dianggotai oleh SPRM, Polis, Bank Negara serta Peguam Negara telah lebih dua tahun ditubuhkan. Tujuan penubuhan pasukan itu adalah untuk mengenalpasti perbuatan salah laku khususnya yang melibatkan penjawat awam berprofile tinggi.

5. Akaun peribadi Perdana Menteri menjadi perhatian umum apabila The Wall Street Journal membuat laporan berkaitan akaun peribadi Perdana Menteri yang menerima wang USD681juta (RM2.6bilion) pada 2 Julai. Menurut laporan tersebut, wang itu mungkin berasal daripada 1MDB. WSJ kononnya memetik daripada sumber yang sedang menyiasat 1MDB. Secara rasmi, 1MDB mula disiasat oleh Ketua Audit Negara bermula daripada Mac, atas arahan Perdana Menteri.

6.Oleh kerana pendedahan WSJ tersebut, maka rakyat menjadi maklum berkaitan wang tersebut, yang kemudiannya diakui bahawa wang itu merupakan derma seorang dermawan daripada Timur Tengah yang enggan disebut nama.

9.Kepastian bahawa memang berlaku konspirasi menjatuhkan Najib berlaku, apabila sekali lagi WSJ membuat laporan berkaitan draf laporan Ketua Audit Negara pada 8 September yang hanya diketahui isi kandungannya oleh Kementerian Kewangan dan PAC. Kandungan draf itu tidak boleh disiarkan oleh mana-mana pihak, kerana ianya belum dikemukakan kepada Parlimen.

10. Melalui laporan WSJ tersebut, benarlah memang terdapat pihak-pihak tertentu berkonspirasi menjatuhkan DS Najib dengan mendedahkan dokumen-dokumen yang sepatutnya tidak boleh didedahkan, malangnya lagi maklumat-maklumat daripada dokumen tersebut ditokok tambah dan diberi pengertian seolah-olah ada salah laku berlaku.

11. Sebagai contoh pelaburan 1MDB yang berkerjasama dengan PetroSaudi yang berjumlah USD1.83bilion, kononnya telah lesap, namun sebaliknya pelaburan itu bukan sahaja tidak lesap, malah mendapat keuntungan USD500milion. Pihak yang berkonspirasi menjatuhkan DS Najib, mendakwa kononnya sebesar USD1.83bilion telah disalurkan ke akaun Jho Low di Swiss.

12. Kini, pembongkaran bahawa terdapatnya konspirasi menjatuhkan DS Najib apabila warga Swiss Andre Xavier Justo yang dipenjarakan di Thailand telah menyebut beberapa nama daripada Malaysia yang menawarkan jutaan ringgit berkaitan dengan maklumat JV antara 1MDB dan PetroSaudi. Tujuan mendapatkan dokumen tersebut adalah untuk digunakan bagi mendesak DS Najib meletakkan jawatan.

13. Sebelum pembongkaran bahawa adanya konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Sarawak Reports, The Age Media, Tun Dr Mahathir, Tony Pua dan pemimpin pembangkang bertali arus membuat dakwaan, bahawa sebahagian wang 1MDB telah lesap. Namun, selepas terdedah adanya konspirasi menjatuhkan DS Najib, kini pihak-pihak tersebut, walaupun belum secara total berhenti, akan tetapi 90 peratus daripada serangan mereka telah dihentikan.

14. Benarlah kata DS Najib Razak, kebenaran akhirnya akan muncul. Namun, apapun berkaitan kebenaran itu, kerosakan terhadap imej Perdana Menteri telah berjaya mereka lakukan. Ikuti seterusnya

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.