Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 19, 2015

“Sepanjang masa British di sini, (hak istimewa Melayu) sudah ada, walaupun bukan dipanggil Perkara 153."-Prof. Emeritus Dr.Khoo Kay Khim


Perbalahan antara kaum yang berlaku di negara ini berpunca daripada kejahilan generasi muda berkenaan sejarah.
 
Pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak mengetahui bahawa hak keistimewaan itu sudah lama wujud dan diiktiraf oleh pihak British.

Kalau kita memberi tumpuan kepada sejarah, kita (akan) faham apa sebenarnya yang telah berlaku. British tak pernah menafikan ini adalah tanah orang Melayu.

Pada tahun 1931, di Durbar, persidangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Seri Menanti memang sudah ditetapkan, ‘Malaya for the Malays’, itu sangat jelas, sebelum perang dulu, tak ada orang menyoal masa itu,” kata pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dalam satu temu bual eksklusif oleh Ismaweb di pejabatnya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Ketika British berada di Tanah Melayu, orang Melayu mempunyai kelebihan berdasarkan status ‘rakyat raja’ yang diberikan kepada orang Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu ketika itu.

Sepanjang masa British di sini, (hak istimewa Melayu) sudah ada, walaupun bukan dipanggil Perkara 153.

Sebelum perang dunia kedua, sesiapa yang lahir di Negeri-Negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka, Singapura, – Negeri-Negeri Selat itu dipanggil Tanah Jajahan Mahkota British – sesiapa yang lahir di situ termasuk orang Melayu menjadi rakyat British. Sesiapa yang lahir di negeri-negeri Melayu kalau ibu bapa mereka adalah orang Melayu, mereka menjadi rakyat raja. Kalau ibu bapa bukan orang Melayu, mereka menjadi stateless citizen.

Kalau orang Melayu melangar undang-undang, membuat kesalahan serius, mereka boleh dibuang negeri tapi buat sementara, kemudian boleh kembali ke sini, Tanah Melayu tempat asal mereka.

Tapi orang bukan Melayu dihantar balik ke negara asal, tak boleh balik sini.

Jadi perbezaan itu sangat jelas,” katanya lagi.

Justeru beliau menyeru semua pihak agak kembali melihat sejarah bagi mengelakkan perbalahan antara kaum berlaku.

Kalau kita tahu bagaimana keadaan dulu, bagaimana sempurnanya masyarakat kita, tiba-tiba timbul macam-macam masalah (hari ini), jadi kita seharusnya cuba kembali kepada keadaan dulu, yang sudah lepas tak semestinya tak baik, banyak yang lebih baik daripada sekarang,” katanya lagi.

Beliau tidak menolak kepentingan menjaga kaum sendiri tetapi seseorang yang telah menjadi warganegara mesti menzahirkan cintanya kepada negara kelahirannya mengatasi negara asal keturunannya.

Pemikiran mereka macam itulah sejak kecil lagi memang tertumpu kepada keturunan mereka. Mereka tak faham, keturunan itu walaupun penting, tapI kalau seseorang itu sudah menjadi warganegara sesebuah negara, katalah seorang berasal dari Australia, dia duduk di Jepun kemudian menjadi warganegara Jepun, dia seharusnya menunjukkan perasaan cinta pada Jepun.

Dia tak boleh kata Australia lebih penting dari Jepun, tapi (kefahaman) ini tidak dijelaskan kepada golongan muda, golongan muda tak faham tentang ini semua,” katanya


http://www.ismaweb.net/2015/08/malaya-for-the-malays-kata-khoo-kay-kim/

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.