Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 7, 2015

HAMID BADOR BEKAS TIMBALAN PENGARAH CAWANGAN KHAS TIDAK PUAS HATI! INI JAWAPANNYA... @Zahid_Hamidi

Sehari dua ini nama Datuk Abdul Hamid Bador menjadi panas kembali. Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas yang dilantik Timbalan Pengarah bahagian jenayah merentas sempadan yang baru ditubuhkan itu mempersoalkan pertukaran potfolio beliau.  


Media juga melaporkan dakwaan Abdul Hamid Bador bahawa potfolio baru beliau adalah 'tempat simpanan sejuk beku'. Betulkah dakwaan tersebut? Lihat SINI

Jika kita kaji, isu 'jenayah merentas sempadan' ini telah menjadi agenda yang sangat penting. Baru-baru ini, mesyuarat tergempar peringkat menteri-menteri ASEAN telah diadakan untuk membincangkan isu ini.  



DS Zahid Hamidi berkata, ASEAN bersetuju untuk berkongsi maklumat perisikan serta menawarkan bantuan perundangan bersama dalam usaha untuk memerangi jenayah rentas sempadan supaya semua anggota Asean mempunyai kelengkapan yang cukup untuk mendakwa penjenayah yang terlibat dalam pemerdagangan manusia itu.


Negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) bersetuju memperkukuhkan undang-undang penguatkuasaan untuk memerangi pemerdagangan dan penyeludupan manusia setelah berlakunya krisis penghijrahan beribu-ribu rakyat Bangladesh dan warga Rohingya ke Malaysia, Thailand dan Indonesia pada Mei lepas.

“Mesyuarat telah memutuskan untuk menjalankan kajian mengenai pergerakan tidak teratur manusia dan jenayah merentas sempadan untuk menangani kesan jangka panjang isu ini, termasuk mewujudkan sektor komunikasi serantau yang menyeluruh yang melibatkan semua negara Asean,” katanya dalam kenyataan sebagai pengerusi pada Mesyuarat Tergempar Peringkat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan Pergerakan Manusia Tidak Teratur di Rantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur. seterusnya

Apakah Abdul Hamid Bador yang menjadi Timbalan Pengarah jenayah merentas sempadan merupakan bakal salah satu penggerak utama kepada keberkesanan perkongsian maklumat perisikan sesama negara ASEAN nanti? 

Jika ya, beliau patut berasa honoured kerana diberi kepercayaan dan mengambil cabaran baru ini untuk memastikan bahagian jenayah merentasi sempadan negara Malaysia adalah yang terbaik di ASEAN. 

Dan bukannya membuat kenyataan secara terbuka mempersoalkan DS Zahid Hamidi tentang pertukaran potfolio kerja beliau dan diselitkan dengan persoalan-persoalan yang 'tergantung' atau kontroversi dan boleh mendatangkan pelbagai persepsi yang mengelirukan kepada rakyat.


Malah, 
kenyataan Abdul Hamid juga tidak benar 
BACA SINI   dan dan ini supaya pasti akan menyebabkan kita mempersoalkan kebenaran dan kredibiliti kenyataan beliau itu. So, how now kerana yang 'mempersoal' sudah 'dipersoal' pula? 

Inilah yang berlaku sekarang dan sudah pasti akan ditokok tambah dengan gembiranya oleh portal-portal pro-pembangkang dan macai-macainya. Kita pun sudah masak dan muak dengan propaganda licik portal-portal pro-pembangkang ini. Licik tapi terbukti kaki putar belit. BACA SINI dan BACA SINI


Dan Abdul Hamid bukan diberhentikan kerja seperti betapa zalimnya bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang kerana mengkritik keras pentadbiran kerajaan DAP negeri pada Muktamar PAS.


PAS kutuk kerajaan DAP


Sebagai penjawat awam seperti Dato' Abdul Hamid, MiM yakin beliau tahu sikap DS Abdul Zahid Hamidi yang mesra rakyat, tidak banyak protokol dan senang didekati, apatah lagi beliau yang berjawatan tinggi.

Dan jika ada sebab lain pun, mungkin adalah lebih profesional dan logik jika beliau berbincang dan mendapatkan jawapannya sendiri daripada Abdul Zahid Hamidi, 
bukannya mengadu domba secara terbuka dalam media seperti sekarang. 


1 comment :

Anonymous said...

Apsal la zahid hamidi tak buang je bahalol ni..

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.