Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 26, 2015

[BERUK & MANUSIA SELFIE SUDAH SETARAF] Mohon Beruk diberi hak cipta gambar selfie



San Francisco (Amerika Syarikat): Sebuah pertubuhan hak asasi haiwan memfailkan saman di sebuah mahkamah di sini bagi mengisytiharkan seekor beruk diberikan hak milik gambar selfie yang dirakamnya sendiri.

Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) memohon supaya beruk itu diberikan hak terhadap gambar selfie yang dirakamnya di Indonesia pada 2011.

Beruk yang dikenali sebagai Naruto itu merakam gambar selfienya menggunakan sebuah kamera yang dipasang jurugambar Britain, David J Slater.

PETA menuntut mahkamah mengisytiharkan Naruto adalah jurugambar dan pemilik yang sah gambar berkenaan. 


Pertikaian hak milik gambar itu tercetus pada tahun lalu selepas sebuah laman sesawang, Wikimedia Commons menyiarkan semula gambar selfie itu dengan label milik umum.

Slater kemudian meminta Wikimedia memadamkan gambar itu kerana mendakwa imej berkenaan adalah miliknya.

“Saya yang memasang kamera dan beruk itu hanya menekan butangnya,” kata Slater.

Bagaimanapun, Wikimedia enggan memadamkan gambar itu dengan alasan ia bukan milik Slater kerana dia tidak merakamkan imej berkenaan sendiri.

PETA dalam satu kenyataan menegaskan bahawa, undang-undang di Amerika Syarikat tidak menghalang haiwan memegang hak cipta.

“Naruto sendiri yang merakamkan gambar, oleh itu haiwan berkenaan memegang hak terhadap imej berkenaan sama seperti manusia,” katanya. - Agensi 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.