PERANG
STRATEGI SUDAH BERMULA...
Sewaktu
parti2 yg mewakili umat Islam bangsa Melayu sedang sibuk bertelagah,
menfitnah dan mengadu domba antara satu sama lain, parti DAP yg
mengaku 'multiracial' pula sedang bergerak dan menggerakkan jentera
mereka...
Berdasarkan
statistik yg dikeluarkan oleh SPR, untuk separuh tahun yg pertama
2015, DAP berjaya mendaftarkn jumlah pengundi baru paling ramai di
Pulau Pinang berbanding parti2 lain, termasuk UMNO... malah dlm
tempoh 6 bulan tersebut sahaja, bg kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Telok Ayer Tawar, dalam Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang,
DAP telah daftar seramai lebih 700 pengundi baru!!! Ini merangkumi
pengundi baru yg akan mengundi buat kali pertama dan pengundi yg
berpindah alamat atau bertukar tempat mengundi...
700 bagi
tempoh hanya 6 bulan adalah agak luarbiasa, apatah lagi jumlah
tersebut tidak termasuk pendaftaran daripada parti2 lain... perbezaan
apabila dibandingkan dgn jumlah yg berjaya didaftar oleh parti lain,
bg kawasan yg sama jauh ketara... jumlah tersebut juga nampak tidak
seimbang jika dibandingkan dgn pembangunan yg berlaku dalam kawasan
Telok Ayer Tawar... dalam tempoh tersebut tidak ada kawasan
penempatan atau perumahan baru yg didiami yg boleh menunjukkan
berlaku pertambahan penduduk secara mendadak... ini kerana boleh
dikatakan 40 peratus kawasan DUN Telok Ayer Tawar merupakan kawasan
pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), 20 peratus sudah
digazetkan sbg kawasan pertanian sawah padi... hanya baki 40 peratus
sahaja kawasan dianggap pelbagai guna yg mana sebahagian besarnya
adalah tanah hak persendirian yg juga merupakan kawasan kampung
tradisional dan perkampungan pesisir pantai... jadi, SIAPAKAH
SEBENARNYA YG MEWAKILI KIRA2 700 PENGUNDI BARU INI??? Baca pendedahan di SINI
Sebelum aku
pergi lebih jauh, ingin dimaklumkan bahawa jumlah pengundi berdaftar
bg DUN Telok Ayer Tawar berdasarkn PRU 2013 adalah seramai 17,835
org, manakala jumlah yg keluar mengundi adalah 15,471 org... calon
BN, YB Dato' Hajah Jahara Binti Hamid berjaya mempertahankan kerusi
ini dengan hanya majoriti sebanyak 840 undi... manakala bagi kerusi
Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya drpd BN
telah memenangi kerusi ini menewaskan 2 lagi pencabar dari PAS dan
Bebas dengan majoriti sekitar 2,500 undi sahaja...
Statistik
kedua yg perlu juga kita ketahui untuk memahami strategi dan agenda
DAP di Pulau Pinang adalah keputusan PRU13 bagi Parlimen Bagan yang
merupakan jiran paling hampir dengan Parlimen Tasek Gelugor dan DUN
Telok Ayer Tawar... Lim Guan Eng yg merupakan Ketua Menteri Pulau
Pinang juga adalah Ahli Parlimen Bagan apabila berjaya mempertahankan
kerusi ini, menewaskan 2 lagi pencabar dari MCA dan PCM dengan
majoriti 34,159 undi... jelas sekali jumlah majoriti yg diperolehi
menjadikn Parlimen Bagan sebagai kubu kuat atau kawasan selamat utk
DAP...
Jadi, apa
strategi DAP? Sudah tentulah untuk menyapu bersih semua kerusi DUN
dan Parlimen yang ada di Pulau Pinang... Dengan jumlah majoriti kecil
yg dimenangi oleh calon2 BN, ini akan lebih memudahkan peluang mereka
untuk mencapai matlamat... apatah lagi jika UMNO BN masih terus alpa
dan leka...
Bayangkan
jika LGE berjaya memindahkan 5000 pengundinya dari Bagan ke Tasek
Gelugor... daripada 5000 tersebut, 1500 masuk ke DUN Telok Ayer
Tawar, 1000 masuk ke DUN Sungai Dua dan baki 2500 masuk ke DUN
Permatang Berangan... dgn jangkaan semua pengundi BN kekal mengundi
BN, begitu jua pengundi PR... maka secara tak langsung DAP @ PR telah
berjaya merampas Parlimen Tasek Gelugor dan DUN2 di dalamnya, dalam
masa yg sama LGE masih lagi mempertahankan Parlimen Bagan dengan
majoriti yg masih besar....
Malah perkara
sama juga boleh mereka lakukan untuk merampas Kepala Batas, Balik
Pulau serta DUN2 yg dimenangi BN... perlu diingat, selain Bagan, DAP
juga berjaya memenangi majoriti di beberapa kerusi Parlimen lain
termasuk Bukit Mertajam, Gelugor, Batu Kawan dan beberapa kawasan
lain...
Mahu tidak
mahu UMNO BN perlu mencari kaedah terbaik bagaimana utk mengatasi
cabaran ini... bukan hanya di Pulau Pinang, perkara yang sama juga
mampu berlaku di negeri2 lain... sbg contoh, Parlimen Seputeh
merupakan antara Parlimen yg berjaya dimenangi oleh DAP dengan
majoriti yg sangat besar...
Bagi UMNO BN,
selain daripada berusaha keras mendaftarkan seramai mungkin pengundi
baru yg menyokong UMNO BN, mereka juga perlu mengenalpasti dan
mengenali setiap pengundi, samada baru atau lama dalam kawasan
masing2... pengundi2 yg bertukar alamat dan tempat mengundi juga
perlu dikenalpasti... alamat yg digunakan mestilah wujud dan didiami
sepertimana yg telah didaftarkan... dan perlu juga dipastikan tidak
berlaku 1 alamat dikongsi oleh 50 orang...
Dan sudah
tentulah segala-galanya berserah dan mengharapkan rahmat belas ehsan
Allah... perkembangan senario politik yg sedang melanda PR diharap
dapat membantu ukhwah ikhwan seIslam kita... peranan PAS selama ini
yg telah byk membantu memastikan kejayaan PR rupanya langsung tidak
dihargai oleh kepimpinan PR, khususnya DAP... dgn terkeluarnya parti
PAS dari senarai tahaluf yg baru, diharap boleh membantu parti umat
Islam bangsa Melayu...
Dengan erti
kata lain, UMNO BN tidak lagi boleh berasa selesa dan 'yakin kuat'
jika mahu terus berkuasa dan memimpin sebagai kerajaan Malaysia...
sekurang-kurang untuk penggal yg akan datang...
No comments :
Post a Comment