Stesen
televisyen Singapura Channel NewsAsia (CNA) menyangkal dakwaan
menteri bahawa programnya “A Fractured Nation” hanya berasaskan
sumber pembangkang dan sebelah pihak.
Penerbit
eksekutifnya Zainudin Afandi berkata CNA mewawancara penganjur
BERSIH 4 Maria Chin Abdullah, yang bukan anggota pembangkang dan
dipercayai boleh memaparkan berimbang dalam laporan itu.
“Program
itu juga mewawancara penganjur perhimpunan baju merah, seorang ketua
bahagian Umno Datuk Jamal Md Yunos. dan bekas ketua menteri Melaka
Mohd Ali Rustam,” katanya lagi.
Manakala
Salleh Said Keruak berkata laporan itu tidak mencerminkan situasi
sebenar dan CNA seharusnya menyiarkan laporan seimbang dengan turut
menemubual anggota dalam parti pemerintah.
Ketika
menyangkal laporan itu, Salleh berkata media asing berazam untuk
mencemarkan nama baik Malaysia dengan menyiarkan laporan
bersandarkan kepada sumber meragukan.
Persoalan
timbul, apakah wujud perjanjian sulit antara pembangkang dengan
Kerajaan Singapura? Benarkah kononnya Malaysia bakal bergabung
dengan Singapura apabila pakatan pembangkang menang dan gaya
pemerintahan seperti China-Hongkong? Si kaya akan di tempatkan di
Singapura dan hamba abdi kekal di Tanah Besar Malaysia?
Alasan
yang diberikan stetsen TV Singapura itu tidak masuk akal. Apakah
rakyat Malaysia bodoh untuk tidak mengenali siapa Ambiga dan Maria
Chin Abdullah? Cukupkah dengan hanya bersandarkan mereka memimpin
NGO Bersih yang tidak berdaftar sebagai kumpulan manusia yang
neutral atau berada di tengah tengah?
Kenapa
tiba-tiba bersungguh nampaknya stesen TV Singapura untuk menerjah
Himpunan Rakyat Bersatu dan tidak pernah melabelkan Himpunan Bersih
sebagai himpunan yang berselindung di sebalik pakatan pembangkang.
Halang
sahaja penerbit atau siapa sahaja dari mana-mana stesen TV luar
negara yang datang ke Malaysia semata-mata untuk kelirukan dan
burukkan nama negara kita.
Anda
tidak pelikkah sebelum rancangan itu ke udara, sebaran amat meluas
dalam medium WhatsApp dan juga facebook!!
1 comment :
Kenapa TV Singapura tak interview Amos Yee yg hanya berusia 17 tahun...
Banyak yg boleh kita pelajari tentang makna hidup di Singapura...
Sila You Tube..Amos Yee..
Post a Comment