Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 28, 2015

@mpkotabelud balun jurubank "berlagak pandai"



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang merupakan antara pemimpin kanan Barisan Nasional hari ini mengingatkan jurubank supaya mengawal diri daripada "merosakkan" pasaran dengan membincangkan isu ekonomi yang menjejaskan Malaysia di Instagram.

Menyuarakan pandangannya di akaun Twitter miliknya, Rahman berkata tidak kira betapa kuat tarikannya, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kebimbangan pasaran. 

Menggunakan akaun beliau @mpkotabelud, katanya: "Bagaimana menarik pun sesuatu itu dari segi politiknya, seorang jurubank mesti menahan diri daripada membuat kenyataan yang hanya menambah kepada kebimbangan pasaran. Itu paling utama."

"Jika anda hendak menunjukkan keprihatinan, katakannya sekali dan kemudian diamkan diri. Orang tahu apa yang anda maksudkan pada kali pertama itu. Jangan getarkan pasaran.

"Tidak bijak untuk menggunakan Instagram membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia. Gunakan platform rasmi. Jangan meremehkan isu itu."

Dalam ​soal jawab menerusi tweet tersebut, pengguna Twitter ZHR @ziadrazak bertanya: @mpkotabelud sukar untuk mencari platform rasmi apabila suratkhabar berdaftar pun ditutup kerana membangkitkan fakta yang tidak ​menyenangkan:. 

Dalam responsnya, ahli Parlimen Kota Belud itu menjawab ​kepada ​@ziadrazak​:​ ​"​Beliau sebahagian daripada jawatankuasa ekonomi.​"​

Walaupun beliau tidak menamakan jurubank yang ​dimaksudkannya, eksekutif bank yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Nazir Razak sering kali ​dilihat bersikap​ biadap dan memandai mengenai isu​ ​semasa yang melibatkan pentadbiran abangnya Datuk Seri Najib Razak dalam akaun Instagram beliau.

Pengerusi Kumpulan CIMB itu dimasukkan ke dalam jawatankuasa ekonomi oleh abangnya pada bulan Ogos, ​bagi mempertimbangkan perancangan segera dan jangka sederhana ​bagi mengukuhkan lagi asas​ ​ekonomi negara.

Rahman juga menyatakan di Twitter: "Jurubank yang dihormati tidak ​mengatakan sesuatu sewenang-wenangnya (don't shoot from the hip and trigger happy)​.​ Mereka ​tenang dan tenteram​. ​Kecualilah kalau mereka ahli politik separuh masa!

"Jurubank yang dihormati ​mengawal sikap dan tingkah laku. Mereka tidak mencampur-adukkan antara posting ​mengenai ​pandangan ekonomi yang serius ​dan ​posting ​mengenai jogging dan keluar makan!" – 

1 comment :

Anonymous said...

Dan tengok media ISraelKEPARAT yg. begitu seronok dok lapurkan bagaimana Moody CorpBANGKAI BABI ni boleh pula PUJI rejim PENGGANAS no 1-DUNIA; ISrael, selepas GENOSID/JENAYAH PERANG ke atas BUMIPUTERA Islam Palestin di Gaza sbg. “effective governance” – dasar puak SYAITAN betul sy. Barat/ZIONIS mcm. Moody CorpBANGKAI BABI ni! Lihat di - http://www.timesofisrael.com/war-or-not-israels-a-great-place-to-invest-moodys/ :

War or not, Israel’s a great place to invest: Moody’s

Another international ratings agency say that Israel’s economy is a safe, stable place for investors’ money

By David Shamah October 1, 2014
Despite the costly summer war in Gaza, Israel’s economy is still in good shape, as far as international credit rating agency Moody’s is concerned. In a report issued Wednesday, Moody’s maintained Israel’s previous A1 stable outlook. Economic growth, entrepreneurial dynamism, and a stable political system ensured that Israel would remain a good risk for investors, the agency said. A1 is among Moody’s highest ratings. …..

Overall, Moody’s said, Israel’s positive rating and stable outlook “are underpinned by its resilient growth model and effective governance.”……

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.