Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, September 29, 2015

MEMANDAI-MANDAI? YANG SEBENARNYA TENTANG ISU WISMA PUTRA PANGGIL DUTA CHINA


Nampaknya, isu memanggil duta China ke Wisma Putra telah mendatangkan pelbagai persepsi yang tidak benar dan di salah anggap. 



Pertama ialah betapa jahat dan jijik perangai pemimpin-pemimpin pembangkang dan media pro-pembangkang yang memutar belitkan kenyataan Duta China itu. Kenyataan beliau adalah merujuk kepada warga China yang berada di Malaysia dan bukannya orang Cina warga Malaysia.

Kedua ialah kenyataan salah seorang Menteri yang bercanggah dengan realiti dan protokol memanggil duta China tersebut. Padahal, proses memanggil duta asing ke Wisma Putra adalah perkara biasa. Dan ianya bukan untuk berkonfrontasi dengan duta asing. Tetapi adalah untuk mendapat tahu daripada mulut duta itu sendiri dan bukannya bersandarkan kepada laporan media terutamanya media pro-pembangkang yang kaki putar belit. Rujuk DrMim di SINI
Di bawah adalah kenyataan akhbar DS Reezal Merican:
MEMANGGIL DUTA CHINA KE WISMA PUTRA - TIADA PELANGGARAN PROTOKOL; DILAKUKAN ATAS DASAR KEPENTINGAN NEGARA: REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Pertamanya, harus saya tegaskan, bahawa tidak ada tindakan semberono yang diambil di dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan diplomasi antarabangsa. Sebaik diberikan amanah untuk membantu Kementerian Luar Negeri, saya secara peribadi cukup berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan umum; baik di atas kapasiti diri saya secara peribadi, mahupun kedudukan saya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

2. Dalam semua hal dan perkara, menjadi kewajiban buat diri saya, untuk merujuk kepada YB Menteri Luar Negeri dan Pengurusan Kanan Wisma Putra. Walaupun mungkin saya masih baru di dalam pentadbiran - namun disiplin pengurusan dan tatakelola kementerian sentiasa saya letakkan di kedudukan yang paling utama.
3. Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada YB Menteri Luar Negeri (setelah berbincang dengan YAB Perdana Menteri). Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.

4. Justeru itu, adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra. Saya amat kesal apabila ada pihak tertentu yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk mengendalikan isu ini secara baik, tegas dan berhemah.

5. Suka saya tegaskan secara jelas bahawa Wisma Putra diterajui oleh mereka yang mempunyai kemampuan untuk menilai keperluan sesuatu tindakan diambil - selari dengan kepentingan dan maruah Malaysia di persada antarabangsa. Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai. 
6. Tidak ada kepentingan peribadi apabila kita membuat sesuatu keputusan di Wisma Putra. Ianya dilakukan atas kesedaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan maruahnya tidak wajar diinjak oleh mana-mana negara asing sekalipun.

7. Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa dan ini sudah diperjelaskan oleh YB Menteri Luar Negeri. Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.

DATO' SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
29 September 2015

Perkara di atas tidak sepatutnya menjadi isu jika pihak yang membuat tuduhan itu menggunakan saluran yang betul untuk mendapat maklumat yang sahih dan bukan sembarangan membuat kenyataan melulu di dalam media.

Dan tiada masaalah jika pihak ini mendapatkan info daripada Menteri atau Timbalan Negeri yang menjaga potfolio Luar Negeri ini.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.