Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 26, 2015

Presiden MCA juga disarankan supaya faham kronologi sebab berlakunya Himpunan Rakyat Bersatu.


Sudah lama kita bersetuju untuk TIDAK membenarkan sama sekali apa saja bentuk RAPAT UMUM/Perhimpunan.

MCA seharusnya menghidu pergerakan ini lebih awal, lebih proaktif dalam memupuk nilai Toleransi didalam kaum Cina yang rata-rata sudah di hasut oleh DAP.

Nilai Tolenransi antara kaum ini tidak boleh di tingkatkan sekira ada diantara rakyat Malaysia yang sengaja memainkan isu kepentingan KAUM selain yang telah di persetujui semasa Pembentukan Tanah Melayu di tambah dengan Pembentukan Malaysia melalui Rukun Negara.

Lahir sahaja anak Malaysia hari ini, mereka tidak memerlukan sistem pendidikan yang bercampur antara satu sama lain, rakyat Malaysia boleh hidup tanpa ada pergaulan diantara kaum lain.

Sistem Persekolahan yang terlalu memberi kepentingan KAUM daripada Toleransi Kaum. Anak-anak Cina boleh belajar di Sekolah Tadika Cina, Sekolah Rendah Cina, Sekolah Menengah Cina, Universiti Taiwan (Cina) malah boleh masuk TAR Universiti (90% Cina).

Sistem Pendidikan ini sudah pasti akan melahirkan generasi Rakyat Malaysia yang tidak memerlukan ekosistem kehidupan didalam satu Negara Majmuk. Ekosistem kehidupan bagi Rakyat Malaysia hari ini tidak memerlukan kebergantungan sesama kaum.

Dek sebab ini lah, DAP dengan senang menyemai perasaan bahawa Cina Terpinggir, Cina Memerlukan Dasar Malaysia Malaysia, Kenapa Melayu/Bumiputera mendapat Keistimewaan, dan wujudlah perasaan tidak samarata dek sebab tidak memahami "Inspirasi Negara Malaysia"

Itu sebab Sekolah Satu Aliran/Sekolah Kebangsaan diperlukan, sekurang-kurangnya anak Malaysia dapat bergaul didalam satu sistem pendidikan menegah selama 6 tahun dan seterusnya ia dapat menghidupkan Ekosistem Rakyat Malaysia yang Majmuk.

Melalui sistem penyiaran pula, Rakyat Malaysia tidak memerlukan kebergantungan Bahasa Malaysia, Orang Cina boleh melihat cerita di Saluran Astro Cina, Berita dalam Bahasa Cina, jadi bila masa kaum lain memerlukan Bahasa Malaysia?

Apa yang Orang Melayu/Bumiputera minta adalah menghormati sempadan yang telah di persetujui dari awal pembentukan Malaysia. 

Hormat dan patuh kepada Bahasa Malaysia, hormat sempadan sensitiviti Islam(Touch A Dog/October Fest, Kalimah Allah dll), Hormat dan patuh kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan, Hormat Dasar Ekonomi, dan yang paling penting.. Jangan pertikai sistem Demokrasi yang sekian lama kita praktikan.

Saya bukan lari daripada Tajuk berkenaan Larangan apa sahaja bentuk Perhimpunan oleh MCA, sengaja saya nak nyatakan, perhimpunan Bersih yang di pelopori kaum Cina bukan terbentuk dalam jangkamasa pendek, ianya sudah disemai sekian lama dalam Facebook dan Medium Media Sosial yang lain, dalam bahasa Cina.

Malah saya minta pihak MCA agar sama-sama turun padang dan menilai semula nilai toleransi yang sekian lama sudah terpinggir dalam sistem pendidikan Negara dan Ekosistem rakyat Malaysia.

Nak membina sebuah negara yang aman dan indah bukan senang, namum sekira nak merosakkannya ianya mengambil masa yang amat pendek.

Aku sarankan agar Presiden MCA dan ahli-ahlinya memahami kenyataan Mohd Razlan Muhd Raffi seperti di atas. Jangan terperangkap dengan sandiwara dan mainan politik parti DAP yang sehingga ke hari ini hanya tahu menunding jari kepada pihak lain kecuali mereka sendiri.

DAP adalah master of perception and blaming others. Tapi mereka tiada sumbangan signifikan kepada rakyat kecuali memporak-perandakan rakyat pada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kita semua juga berpegang kepada keamanan, kesejahteraan, toleransi dan kaum-kaum saling menghormati di antara satu sama lain. Perkara ini sangat penting di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Presiden MCA juga disarankan supaya faham kronologi sebab berlakunya Himpunan Rakyat Bersatu. Siapa yang mula dahulu dan siapa yang memberi tindak balas.

Dan pihak yang patut dikutuk keras ialah puak Beersih 4.0 dan DAP kerana memulakannya. Mereka mengadakan perhimpunan rasis, biadap dan haram.

Perhimpunan haram yang dihadiri oleh 95% Cina pro-DAP ini juga menyebabkan wujud pihak yang bangkit membantah Beersih 4.0 yang rasis dan melampau ini. Ianya satu respons yang memang akan dijangka. Amat pelik jika tidak ada yang bersuara tidak puas hati dengan segala tingkah laku biadap lagi kurang ajar peserta Beersih 4.0!

Dan perhimpunan Rakyat Bersatu tidak mungkin akan diadakan jika tidak ada Beersih 4.0 dan tidak ada sikap kurang ajar dan biadap peserta-peserta perhimpunan haram itu.

Maka, hentikan cadangan untuk mengadakan Beersih 5.0 jika tidak mahu Perhimpunan Rakyat Bersatu (PRB) ini berulang lagi. Dan MiM yakin, PRB 2.0 kali ini akan lebih ramai pesertanya! Seterusnya


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.