Melayu
dikhianati?
Hati
Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak
bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum
ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas
panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan
seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik
daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee
Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang
Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam
undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas
kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.
Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus
daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu
walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.
Sebagai
membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju
meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang
Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan
kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum
itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah
berkata:
''Pada
tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang
tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun
kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan
menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu
memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah
yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88
peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka
putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata
negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan
diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya
dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja
dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan
yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma,
seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar,
di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di
Burma.
Saya
tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini
kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka
sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk
meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang
untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya
pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa
(Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan
di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih
prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di
manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum
pendatang?
Di
manakah dalam sejarah dunia?
Saya
bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga
keselamatan kami?
Saya
adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat
gembira di sini.''
Persoalannya,
kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang
Selamat-
================================================
Komen:
Bukan
saja melayu dikhianati,malah ada melayu sendiri punyai sindrom gadai
apa saja yang boleh,sepertimana juak pakatan haprak mempromosi sama
rata.
Anwar
Berahi sanggup mengadai apa saja hatta bangsa dan negara semata mata
mahukan kerusi PM.
Saya
masih teringat kata kata Anwar semasa perjumpaan beliau bersama
beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang yang diadakan secara sulit
sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Yang
menemui beliau semuanya adalah rakan rakan beliau yang masih didalam
UMNO sehingga sekarang." Pasal apa hang sanggup buat semua
ni,sampai pertikai hak melayu nak bagi semua sama rata kat india dan
cina?kenapa sampai tergamak buat macam tu" itulah kata kata
pemimpin UMNO pada Anwar dalam perjumpaan sulit tersebut, jawab
beliau " Aku peduli apa,yang penting aku dapat jadi PM,apa nak
jadi jadi lah aku tak peduli"
Kata
kata Anwar pada saat itu jelas telah menghiris hati ramai rakan rakan
beliau didalam UMNO ketika itu, sejak saat itu Anwar terus mengila
dengan kempen sama rata .
Bagai
mengantuk disorong bantal, golongan bukan melayu yang buta sejarah
amat menantikan saat ini.Buat penyokong pakatan haprak yang berhati
hitam menerima dengan bulat bulat hinggakan ada dalil menyatakan apa
salahnya jika jawatan PM diberikan kepada bukan melayu.
Kebodohan
tak bertempat,baik hati tak kena gaya itulah yang sedang berlaku
ketika ini.
No comments :
Post a Comment