Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, September 3, 2015

Menjawab Fitnah Peserta BERSIH “si” Ke Atas Masjid Jamek KL



Berikut adalah jawaban melalui mesej WhatsApp yang saya terima merujuk kepada fitnah yang menuduh Masjid Jamek halang dan halau peserta demonstarsi jalanan yang disebarkan oleh peserta BERSIH “si” (MATI)[baca: BERSIH (“si”) Bakal Mengkuburkan Mereka?].

Mesej yg saya terima dpd Tn Imam Masjid Jamek KL apabila saya tanya apa yg sebenarnya berlaku?
Tiada langsung kami menghalau…saya serahkn pada Allah sbg Hakim yg paling adil..tidak sesuai utk kita terus beri hukum dgn viral fitnah ini. Lihat respon rasmi saya kpd pihak2 yg bertanya…”
Masjid jamek tidak akan bergerak atas jln politik…kita hanya jln tugas khadam masjid shj.”

1. MJBKL beroperasi seperti biasa semasa hari BERSIH, kita hanya tangguhkan program pelancongan masjid kerana memikirkan risiko kpd pelancong.
2. Waktu operasi kita ialah seperti berikut:
Waktu buka masjid-
  • 5.00am-7.30am
  • 12.00pm-10.00pm
Waktu tutup masjid-
  • 7.30am-12.00pm: adalah rutin pihak masjid membersih masjid setiap hari
  • 10.00pm-5.00am: adalah faktor keselamatan
3. MJBKL tidak pernah secara mutlak tidak memberikan ruang utk kaum muslimin masuk dan beribadat walaupun waktu operasi telah tamat…MJBKL ada bukti dimana terdapat jemaah yg solat isyak dlm masjid walaupun waktu telah melebihi jam 10mlm.

4. Sesiapa shj yg memohon utk masuk masjid bg beribadah masjid tidak pernah menghalang, walau apa keadan sekalipun. Saya telah bercakap sendiri dgn beberapa pemimpin perhimpunan haram ini bahawa, jika memerlukan apa apa bantuan, boleh maklumkan kpd saya terus dan kita akan bantu. Mereka semua kenal saya dan kita pihak jawi, mereka selalu buat program dakwah di MJBKL.

5. Berbalik kpd isu ini, pihak yg hendak masuk tidur adalah peserta bersih, saya menunggu pihak pemimpin mereka utk berbincang dgn saya dan mereka tiada kata apa apa berkenaan tidor mlm. Justeru itu, kita hanya meneruskan rutin biasa kita mengikut peraturan.

6. Sama juga dgn mana mana pihak lain yg ingin bermalam di masjid/menggunakan masjid bg aktiviti mereka, mereka perlu meminta izin kpd pihak masjid bg maksud tersebut. Maka masjid tiada diskriminasi juga dlm soal bersih ini, pihak penganjur sepatutnya meminta izin sekurang2nya secara verbal utk peserta nak bermlm di masjid.

7. Walaupun kpd non muslim kita tetap bersikap sama, layanan dama kpd muslim dan non muslim.mohon kebenaran, kita akan bantu.
8. Isu menyentuh tindakan gereja, sudah menjadi modus operandi mereka dan masjid tiada akan mempersoalkan perkara tersebut kerana itu oeraturan dan cara mereka.

9. Soalnya ialah, saya melihat perkara ini adalah fitnah yg cuba disebarkan oleh pihak non muslim dgn menjadikan org islam sendiri sebagai boneka mereka. Dlm perhimpunan bersih telah jelas kita lihat 90%cina, hanya 7% melayu dan mereka gunakan kesempatan ini utk menggunkan org islam bagi mencari point utk menjadikan fitnah sesama kita.

10. Jawi dan jakim nak buat event guna masjid pun bagi maklum kpd kita kan…inikan pula himpuna  yg tidak sah ini…kita semua pun muslim… cuma bezanya adab merek telah hilang kerana sentimen dan emosi ditambah provokasi nonmuslim yg memang cuba mencari peluang utk mencetuskan perbalahan antara muslim dan merosakkan negara ini.

11. Saya pun tidak kata yg kerajaan kita 100% tidak salah, mungkin ada byk kepincangan berlaku juga akibat rasuah dan sebagainya, namun, pihak2 musuh saja menggunakan isu tersebut sbg alasan kpd pemberontakan yg mempunyai agenda muslihat disebaliknya.

12. Malangnya ramai org muslim tertipu… cara yg sebenarnya ialah kita sesama muslim mesti memperkuat sesama kita dan membetulkan kesalahan kita supaya pihak non muslim yg memusuhi islam tiada ruang utk merosakkan islam… dlm surah al baqoroh juz 1 dah kata nasrani dan yahudi akan sentiasa memusuhi kita…

13. Saya bukan kata nak kita memusuhi mereka, tetapi kita kena tutup ruang utk mereka merosakkan kita dgn ajaran islam sebenar dan tetap membina hubungan baik dgn non muslim biar pun kita dimusuhi, jalan itu akan membuka jalan utk mereka menerima islam sbg jalan yg terbaik…
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.