Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 6, 2013

10 Bukti DAP Anti Islam, Melayu & Bumiputera




ADCNews 6/12/14 – Facebooker ‘Boikot Barangan Cina Dap ORI’ menyenaraikan 10 bukti DAP sebagai parti yang anti Islam, Melayu dan Bumiputera.
Pertama : DAP mahu menghapuskan Melayu dan Bumiputera sepertimana yang terkandung dalam polisi partinya yang menyebut; ‘Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera.”
Kedua : Mahu menggunakan ‘kalimah Allah’ untuk semua agama sepertimana yang dituntut secara rasmi oleh oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketiga : Mahu Islam dibenarkan murtad – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, mendesak lima negeri -Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Melaka dan Sarawak – meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang masih memberi kuasa kepada seorang daripada penjaga untuk menentukan agama anak bawah umur.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk agama seseorang bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh “his parent or guardian” (ibu bapa atau penjaga).

Pada 2009, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan akan menghalang semua penukaran kanak-kanak bawah umur masuk Islam tanpa persetujuan bersama.

Keempat : Larang pembinaan masjid – Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin tidak membenarkan sebarang pembinaan masjid kerana didakwa menggangi ketenteraman awam.

Kelima : Mahu hapuskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya yan juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh, menuntut Menteri Besar Selangor menggantung tugas pegawai JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Keenam : Mahu membuang kakitanga Melayu-Islam dalam sektor penjawat awam – Akhbar Sinchew Daily, 1 Nov 2011, melaporkan kenyataan Tony Pua bahawa penjawat awam terlalu ramai dan mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Ketujuh : Mahu orang Islam hormat kepada kumpulan murtad – Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam persidangan Dewan Rakyat Jun 2014 meminta umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Kelapan : Mahu hapus UiTM – Nga Kok Ming mahu UiTM dibuka untuk semua kaum.

Kesembilan : Mahu hapus diskaun 7 % Bumiputera dalam pembelian rumah – Tony Pua menggesa kerajaan negeri Selangor agar mengurangkan diskaun Bumiputera memiliki rumah dan komersial mewah di negeri itu demi memperbaiki daya saing dan memulihkan keyakinan pelabur.

Kesepuluh : Setuju Nabi Muhamad SAW dihina – Ngeh Koo Ham mendakwa perhimpunan membela Nabi Muhamad SAW sebagai perhimpunan politik.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.