Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 3, 2013

MT UMNO : @USTAZKAZIM SEBAGAI 'DURI DALAM DAGING' & 'ROSAK FAHAMAN UMAT ISLAM' !!

MiM simpati dengan Ustaz Kazim Elias kerana dimaki hamun oleh penyokong-penyokong pembangkang di dalam media sosial. Tetapi, tahu-tahu saja Kazim Elias 'dibela' pula oleh PAS Perak.


Lihat di antara printscreen : 



Pada hal sebelum ini Ustaz Kazim telah dihina, dikecam dan dimalukan oleh PAS Perak ! Kazim telah dituduh sebagai 'duri dalam daging' dan boleh merosakkan fahaman umat Islam.

Dan Dewan Ulamak PAS Perak sebulat suara memecat Kazim Elias! Kazim dihina dikecam oleh PAS Perak kerana kononnya :
1. Menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi' 
2. Di kesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. 
Lihat di bawah :

Sumber : Klik

Dan sekarang, PAS Perak mahu mempertahan Ustaz Kazim Elias yang pernah di malukan oleh Dewan Ulamak PAS Perak sebelum ini!

Seriously, berapa hina dan rendahnya martabat dan imej parti PAS itu yang sebenarnya?

Memalukan!

Kita juga perlu ingat bahawa Ustaz Kazim juga pernah dilarang untuk turut serta dalam Forun Perdana oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini! 
Pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim kesal apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan i negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan. 
Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Exco agama atas alasan tidak suka kepada beliau yang dikatakan boleh menggugat kerajaan negeri. 
"Sebagai Exco agama dia sepatutnya tolong saya, bantu serta bagi ruang dan bukan sekat saya berdakwah. "Sebagai pendakwah saya sedih kerana ahli jemaah yang menjadi mangsa kepada politik sedangkan saya bukan ahli politik.
Seterusnya, di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.