Kandungan
Hudud Di Negara Brunei Darussalam - Hukum Hudud telahpun
dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang
dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah 2013.
LELAKI
BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1)
mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai
perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan
berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg
munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya
sekali.
(2)
mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai
perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan
berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg
tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum
penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
sekali.
TIDAK
MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2
orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk
membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi
secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi
penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau
fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya
sekali.
KHALWAT
196.
(1)
Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda
tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2)
Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang
Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3)
Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a)
bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b)
Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak
bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK
MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana
lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid
dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama,
dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga
atau berikutnya.
TIDAK
MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1)
Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua
tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2)
Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau
tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di
tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan
Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya sekali.
(3)
Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal
perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan,
minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4)
Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam
kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah
dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah
menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan
dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan
tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah
mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada
perbuatan itu dilakukan.
HUKUMAN
ZINA 69.
(1)
Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat
orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a)
jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh
sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika
dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh
sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2)
Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan
keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a)
jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b)
jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3)
Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam
dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum
dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah
ceraian (1).
(4)
Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang
Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang
diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama
sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN
ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH.
70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai
umur baligh melakukan zina dan-
(a)
dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah
Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak
tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan
ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh
Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b)
dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah
perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan
di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah
selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Nilai
minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g
emas)
(A)
Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2
yang sah) maka :
kesalahan
pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan
kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan
ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun
(so
takdelah kena potong sampai 4 kerat)….
Kalau
bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.
Pengecualian
:
-pesalah
15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-owner
mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri
bayar sikit, lepas tuh lari….
-bende
curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende
curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri
curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai
jgn lebih plak)
-keadaan
memaksa : bencana alam, perang
-bini
curi dari suami atau senbaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…
Untuk
pengetahuan orang Indonesia/Malaysia/Singapura.
*Muhsan
bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini
tu Perempuan… bukan Isteri…
Sumber : Kisah Emas Putih
No comments :
Post a Comment