Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 6, 2013

Gambar terkini banjir teruk di Pahang 5 Disember 2013


Gambar terkini banjir teruk di Pahang 5 Disember 2013 - Bencana banjir yang kini sedang melanda negeri Pahang dilihat semakin teruk dan sukar dikawal. Banyak kawasan di sekitar daerah Kuantan ditenggelami air termasuk Pencawang Elektrik yang membekalkan elektrik ke daerah berkenaan.


Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi dari imej radar Jabatan Meterologi Malaysia (MMD), gelombang kedua hujan kuat dijangka bakal melanda negeri Pahang tidak lama lagi. Lebih menakutkan, kawasan Borneo turut akan menerima taburan hujan yang banyak seperti yang korang boleh diperhatikan pada gambar imej satelit di atas.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar terkini sekitar kawasan yang terjejas teruk oleh banjir besar yang melanda negeri Pahang. Daripada pengamatan admin, kedalaman air banjir semakin meningkat. Jadi, semua penduduk kampung di negeri Pahang yang terlibat sama perlu segera berpindah sebagai langkah keselamatan.



















Seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.