Artikel di bawah aku petik dari blog Medan Tempur
DULU NAMA LLN. BILA LORI BERHENTI DI TEPI JALAN DI KAMPUNG AKU, NAMPAK ORANG BAWAK TURUN TANGGA. AKU NAMPAK ORANG ITU LANGUT LANGUT KE ATAS, LEPAS ITU DIA NAIK TANGGA. AKU DENGAN KAWAN KAWAN SEBUT "LANGUT LANGUT NAIK". SEKARANG DAH LAIN ... TNB.. "TUAN NAK BOLOT"
DI BAWAH ADALAH FAKTA
KENYATAAN RASMI TNB 20/8/2013.
FAKTA 1.
Tenaga
Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar
tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan
membebankan pengguna.
FAKTA 2
“Kira-kira
separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah
daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200
kwj iaitu dengan bil di bawah RM70.
FAKTA
3
“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu
akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan
tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan
tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada
Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.
FAKTA
4
Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah
pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu
kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu
33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj.
4 fakta aku bagi..
nak mudahkan cerita kita bahasakan kenyataan ini dalam penyampaian
bahasa kampung.
TNB umum kenaikan tarif hampir 15%
mulai 1 januari 2014.
apa rakyat akan bual kan ?
BARANG
NAIK.
TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari
2014.
apa rakyat akan bual kan ?
kos meningkat.
TNB
umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari 2014.
apa rakyat
akan bual kan ?
kerajan jaga kepentingan IPP dan bukannya
rakyat.
TNB pernah buat kenaikan tarif pada jun 2011, yakni
kenaikan sebanyak 7 %.
bulan januari 2014 naik pulak
15%..
maknanya dalam masa tak sampai 2 tahun setengah ada
kenaikan sebanyak 22 % !
TNB KATA TAK BEBANKAN PENGGUNA
?
REALLY ?
aku amik satu contoh mudah. kebanyakan golongan
pertengahan melayu duduk kat flat dan apartment.
bila
duduk apartment/flat dan pangsapuri secara automatikalinya penduduk
kena bayar duit maintenance.
duit maintenance itu membabitkan
hak bersama penduduk menikmati kemudahan bekalan api,air dan
lif.
kenapa penduduk terpaksa bayat maintenance ?
pasal
nak hidupkan lif, kena pakai elektrik.
nak guna air kat rumah,
kena pastikan pam air berfungsi.
nak nampak terang, malam
berpuluh lampu koridor mesti dihidupkan.
kos eletrik
untuk jana 24 jam LIF , lampu ,jana pam air dll bakal membabitkan
kenaikan juga kerana kepenggunaan BIL SEMASA ELETRIK baik pihak
pengurusan bangunan ataupun JMB adalah biasanya melebihi RM3000
setiap bulan. ( minima berdasarkan kos bil api satu blok apartment
yang ada 130 pintu ).
berapa ramai melayu duduk dalam
apartment dan pangsapuri ?
kenaikan tarif 15% ini hakikatnya
akan ditanggung pihak pengurusan bangunan dan JMB.
tak
mustahilkah kelak, kos lebihan ( 15%) ini bakal dilepaskan kosnya
dan ditanggung pula oleh penduduk yang mendiaminya...! yakni dengan
cara pihak pengurusan bangunan menaikkan kadar bayaran bulanan
maintenance kepada penduduk !
dalam isu penduduk yang tinggal
di pangsapuri dan apartment, hakikatnya mereka terpaksa menanggung 2
bil serentak iaitu bil rumah dan bil banggunan. ( yakni bayaran
maintenance meliputi api,air,parking dll )
jadi apa
kejadahnya TNB kata ia tak membebankan pengguna !
di lembah
klang, berapa puluh ribu apartment dan pangsapuri yang melayu
pertengahan duduk?
kat klang sahaja mengikut survey majlis
perbandaran klang, hampir terdapat 200 lebih apartment/pangsapuri
taraf sederhana berdaftar dengan MPK.
ini tak masuk
kondo...
kalau jumlah di klang dijadikan sandaran. berapa
puluh ribu keluargakah yang akan terpalit terkesan dengan kos ini
?
contoh di atas boleh dpanggil sebagai domino efek.
yakni
kos tanggungan pengurusan dilepaskan kepada rakyat.
BOLEH KE
BN NAK RAMPAS SELANGOR KALAU LAGI BANYAK DASAR KERAJAAN 'YANG KACAU
POKET RAKYAT' DILAKUKAN ?
tak pasal-pasal lah kes kenaikan
gaji dan elaun mb,spekaer,exco dah turun ke bawah dek kehebatan kita
gelojoh naikkan tarif.
BACA FAKTA NO 3 KAT ATAS.. AKU QUOTE
.
“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu
akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan
tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan
tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada
Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.
kata
TNB pelarasan tidak akan membabitkan 2 atau 3 kali ganda.
jun
2011 naik 7 peratus.
januari 2014 naik hampir 15%...
7 + 15 =
22 % dalam masa tak sampai 2 setengah tahun.
takkan naik
berganda apanya TNB ?
yang menarik nya pula bila TNB kata
sektor industri takkan terjejas dari pelarasan ini.
inilah
masalah bila suka pandang kos pada sebelah pihak aje.
di
seksyen 7 shah alam, boleh dikatakan hampir 70% peratus peniaganya
adalah melayu.
ada yang buat kad kawin, buat kek, servis
kereta dll.
jika overhead kos untuk bil utiliti api mereka
sekitar RM1000, kenaikan 15% tarif ini bukankah akan membebankan
mereka kerana hakikatnya kelak mereka akan membayar lebihan RM 150
untuk bil api sedia ada.
itu kalau bil RM 1000 ?
kalau
bilnya RM 2500 ?
naikkan 15 %...
tak menjejaskan industri
kata TNB... hei mangkok, peruncit ni takde dapat special price lah
jika dibandingkan dengan pihak industri yang besar !
INI IDE
SAPE NIH WEI ?!
No comments :
Post a Comment