Semalam
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuba menjadi heroin di Parlimen
dengan membawa usul tergempar supaya bandar Kuantan diisytihar
Darurat.
Alasan
yang diberikan Fuziah ialah kerajaan pusat lambat bertindak bagi
membantu mangsa banjir di Kuantan. Menurutnya, keadaan di
Kuantan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera.
Fuziah
turut menyalahkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan,
JPAM, Bomba, Jabatan Saliran & Pengaliran, Majlis Keseamatan
Negara, Polis, Tentera dan sebagainya kononnya dia tidak nampak
mereka datang memberi bantuan. Fuziah panik ketika dia bersikap ego
dan sombong bodoh.
Lihatlah
Blog Rasmi Ahli Parlimen Kuantan, Last Update Pada
April 2013
|
Fakta
pertama lihatlah portal Pusat Khidmat Parlimen Kuantan dan blog rasmi
di atas. Pusat itu sudah tidak pernah beroperasi sejak kali terakhir
pada 9 November 2010 manakala kali terakhir blog dikemaskini pada
April, 2013.
Tinjauan
kami di beberapa kawasan mendapati Ahli Parlimen Kuantan tidak
mempunyai Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat, malah tidak nampak satu
'team'
daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa
banjir. Lihatlah di mana-mana kawasan di Kuantan, tidak ada satu pun
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan yang beroperasi. Kini, barulah
orang Kuantan sedar rupa-rupanya satu Pusat Khidmat Masyarakat Ahli
Parlimen Kuantan pun tak berfungsi.
Barulah
kami tahu rupa-rupanya Fuziah tiada menyediakan apa-apapun kemudahan
kepada mangsa banjir di Kuantan. Dia hanya tahu bantai agensi-agensi
kerajaan tetapi di mana kamu sebagai Wakil Rakyat? Ketika kamu
menyerang agensi-agensi kerajaan mereka ada di setiap pelusuk daerah
Kuantan, tetapi kamu Fuziah macam biskut sekejap ada sekejap hilang,
sekejap di Kuantan sekejap di Kuala Lumpur. Kamu bukan menteri pun,
kamu bukan kekasih gelap Anwar pun, kamu hanya Wakil Rakyat yang
sepatutnya duduk berkampung bersama-sama kami di Kuantan!
Tinjauan
kami juga mendapati ketika hari pertama banjir melanda Kuantan,
Fuziah hanya hadir satu hari sahaja di kawasan
Kuantan walaupun beberapa kawasan seperti di SMK Tanah Putih, Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching, Sekolah Kebangsaan Sungai
Isap dan banyak lagi kawasan sekolah ditenggelami air banjir. Selepas
membebel dan complain sana complain sini,
dia terus menghilangkan diri.
Tatkala
pasukan penyelamat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis
Keselamatan Negara, JPAM, RELA, Pasukan Bomba & Penyelamat,
Tentera, Polis dan lain-lain agensi kerajaan Persekutuan & Negeri
berkampung siang dan malam, mengharungi air banjir dengan bot,
mengangkat makanan ke pusat-pusat penempatan banjir, Fuziah pula
sibuk menjadikan dirinya heroin di Parlimen dengan
memperlekehkan kerja-kerja agensi kerajaan.
Perdana
Menteri DS Najib segera terbang ke Kuantan meninggalkan Perhimpunan
UMNO untuk bersama-sama mangsa banjir, manakala apabila YB Bung
Mokhtar mencadangkan Fuziah baliklah segera ke Kuantan untuk berjumpa
mangsa-mangsa banjir tetapi dijawabnya dengan seribu satu alasan, ego
dan bodoh sombongnya.
|
Kakitangan
Kerajaan Berhempas Pulas & Fuziah Memperlekehkan Mereka Di
Parimen
|
Fuziah
nampaknya bukan seorang Wakil Rakyat yang bagus kerana dia
tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan agensi-agensi
keselamatan negara kita. Sebagai Ahli Parlimen, tidak kiralah Ahli
Parlimen kerajaan atau pembangkang, bukanlah menjadi isu jika
melibatkan kepentingan awam. Di sinilah letaknya keegoan, kesomongan
dan kebodohan Fuziah.
Lihatlah
di negeri Kelantan, bertahun-tahun diperintah kerajaan PAS tetapi
agensi-agensi kerajaan persekutuan tidak pernah menghadapi masalah
untuk duduk bersama dalam Jawatankuasa Keselamatan di peringkat
negeri dan daerah untuk menyalurkan bantuan. Pegawai-pegawai kerajaan
Persekutuan BN dan pegawai-pegawai kerajaan negeri PAS di Kelantan
saling bekerjasama setiap tahun. Koordinasi agensi keselamatan dan
kebajikan peringkat persekutuan dan negeri dengan wakil-wakil rakyat
di sana berjalan dengan lancar.
|
Agensi
Kerajaan Siang Malam Tidak Tidur Membantu Mangsa Banjir &
Fuziah Memperlekehkan Mereka
|
Persoalannya,
apakah Fuziah tidak tahu hendak bercakap dengan siapa dengan
agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri? Bukankah dia Ahli
Parlimen yang mempunyai hak dan kuasa untuk bermesyuarat bersama-sama
dengan Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah Kuantan? Atau adakah
dia pernah hadir dalam mesyuarat itu? Adakah dia pernah berjumpa
dengan pegawai kebajikan atau pegawai kerajaan yang menjaga bencana
di daerah Kuantan? Semua ini membuktikan Fuziah menghadapi masalah
komunikasi di Kuantan. Fuziah tidak tahu kepada siapa hendak meminta
bantuan.
Dia
mahu menjadi heroin lone ranger walhal sikap ego
sombong itu konon dia mampu mengatasi isu banjir di Kuantan sendiri
telah memakan dirinya sendiri. Fuziah ego kepada Allah, Fuziah ego
kepada rakyat di Kuantan, dia berbangga kononnya sebagai Wakil Rakyat
dia tahu semua, dia mampu mengatasi semua masalah. Apabila dia gagal
menyelesaikan semua masalah itu, dia melemparkan kegagalan itu kepada
orang lain. Dia mahu lari dari kegagalan dirinya dan kegagalan
partinya mengatasi masalah rakyat Kuantan.
Pengajarannya
ialah, Allah SWT telah menurunkan ujian kepada rakyat di Kuantan dan
tergambar jelas Fuziah yang mengaku maha tahu semua, maha boleh semua
terkapai-kapai di Kuantan menyalahkan orang sana orang sini, walhal
kegagalannya itu adalah kerana keegoan, kebodohan dan
kesombongannya.
Dia
menganggap dan menjadikan kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus
siang malam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sebagai
musuhnya. Dia kemalu-maluan untuk bercakap dan meminta bantuan kerana
dia sombong lagi bodoh. Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah rakyat
Kuantan.
Bersambung...
Pengundi
Menyesal.
Sg.
Isap, Kuantan.
No comments :
Post a Comment