Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 6, 2013

#HEBAT - Sultan Brunei Kawal Lalulintas Ketika Juruiring Terlibat Kemalangan Jalanraya

Artikel ini dipetik dari blog sensasi untuk renungan kita bersama
 

Kiriman gambar yang menyatakan Sultan Brunei sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain.

Amat kagum dan hormat atas sikap yang di pamirkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Brunei .. ALLAHUAKHBAR!!!!

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Amat kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.