GARA-GARA ingin
memutuskan cinta dengan teman lelakinya, seorang penuntut universiti
kini menanggung akibat perbuatan bekas teman lelakinya telah
memalukan dirinya di internet dengan memuatnaik gambar mereka berdua
dalam keadaan berpelukan ke laman sosial Facebook.
Gambar
itu sudah menjadi antara tajuk utama laman blog mengutuk serta
mengecam penuntut berkenaan kerana dikatakan sebagai orang yang
memuatnaik semua gambar berkenaan.
Dia
sudah membuat laporan polis semalam berkenaan penyebaran gambar
berkenaan.
Di
sebuah laman blog mymedialab.blogspot.com,
dua laporan polis dibuat wanita itu didedahkan.
Laporan
pertama dibuat pada April tahun ini dan laporan kedua bertarikh
semalam.
Dalam
laporan polis pertama, penuntut itu mengadu dia sering diugut bunuh
oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).
Sms
ugutan itu diterima pada 24 April pada pukul 3.09 minit petang yang
berbunyi.. “Bunuh awak bagi saya macam bunuh semut, awak tunggulah
kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar
hidup-hidup. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan
menyesal lahirkan kita.
“Saya
heret awak, saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala
awak sendiri ke balai polis. Tak menyesal langsung bunuh awak, saya
puas hati,” .
Menurut
laporan penuntut itu lagi, lelaki itu ada berjumpa dengannya dan
pernah membawa pisau serta meletakkannya di sisi semasa mereka
berada di kafe universiti.
Laporan
polis kedua pula penuntut itu mengadu bahawa dia telah mendapat tahu
diaibkan melalui tindakan jenayah siber apabila gambarnya di laman
Facebook telah disebarkan serta diambil oleh beberapa laman blog.
Penuntut
berkenaan menyedari kejadian itu ketika berada dirumahnya.
Wanita
itu berkata akaun Facebook itu bukan miliknya dan status berkenaan
mencabar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk
mengambil tindakan juga bukan ditulis olehnya.
Kita
berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan ke atas kes ini dan
selesaikan dengan segera.
Buat
mangsa, nasi sudah menjadi bubur. Biarpun sehebat mana cinta
janganlah sampai gambar yang memalukan diambil dengan kamera kerana
sekali ia sudah berada dalam kamera ia mempunyai risiko besar
tersebar ke merata tempat sekiranya apa-apa berlaku dalam
perhubungan.
Risiko
lain juga ialah jika kamera atau telefon pintar, dicuri atau
kehilangan gambar-gambar peribadi anda juga sudah tersebar. Hati-hati
lah dalam menjalinkan perhubungan. Sumber
No comments :
Post a Comment