Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 3, 2013

Mukhriz tidak dilantik ke MT Umno

Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik adalah:

  • Nazri Aziz
  • Hamzah Zainuddin
  • Johari Abdul Ghani
  • Irmohizam Ibrahim
  • Mohd Sharkar Shamsudin
  • Raja Nong Chik
  • Asyraf Wajdi Dusuki
  • Ibrahim Shah Abu Shah
  • Ustaz Kazim Elias
Yang tidak dilantik ke Majlis Tertinggi ialah Mukhriz Mahathir.

hishamKJ

Imbas kembali persaingan jawatan naib presiden tempat ketiga

Mukhriz telah menang undi popular (56,604 undi perwakilan) berbanding Hishammuddin Hussein (57,189). Namun Mukhriz kalah undi electoral college (93 undi), Hisham (101 undi).

Hisham menang besar di negeri asalnya Johor (24 undi bahagian) berbanding Mukhriz (2 undi). Selain itu Hisham sapu bersih Pahang (14 undi) berbanding Mukhriz (sifar).

Mukhriz mengatasi Hisham pula di negeri-negeri yang diperintah / pernah diperintah Pakatan, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Prestasi Mukhriz juga lebih menyerlah di dua buah negeri di mana DAP mempunyai pengaruh kuat, yakni Negeri Sembilan dan Melaka.

Trend di atas membayangkan bahawa ahli Umno yang tinggal di negeri-negeri di mana orang DAP memegang kuasa politik – bermakna Melayu yang sudah masak dengan kerenah Cina sombong - berasa lebih yakin terhadap kepimpinan Mukhriz.

Pada 19 Okt 2013 (malam pemilihan), Mukhriz telah menyatakan harapan beliau agar presiden parti akan melihat kedudukannya sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kedah serta Menteri Besar untuk melantik beliau dalam barisan MT bagi membolehkannya terus berbakti kepada Umno.

Pelantikan ahli-ahli tambahan MT adalah mengikut pertimbangan dan budi bicara Najib Razak manakala ketua-ketua sayap parti adalah naib presiden secara automatik. Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda serentak seorang naib presiden Umno.

Adakah Dr M terkilan gara-gara Mukhriz tidak terpilih oleh Najib (pengumuman nama-nama dibuat beberapa hari lepas pada 29 Nov) untuk membarisi MT? 

Seterusnya : di sini




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.